Murid sedih – Metro


Murid sedih

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR PUTEH: Impian seorang kanak-kanak bertemu rakan baru pada hari pertama persekolahan tahun satu tidak kesampaian apabila semua kelengkapan sekolahnya rosak ditenggelami banjir awal pagi kelmarin.

Nor Syakila Radzuan, 7, kecewa apabila dia tidak dapat bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Pasir Puteh hari ini, selepas rumah keluarganya masih ditenggelami air sedalam dua meter di Kampung Tok Sudin, Bukit Gedombak, dekat sini.
Anak sulung daripada tiga beradik itu terpaksa dipujuk bapanya, Radzuan Razali, 30, dan ibunya, Nor Aklima Llah, 26, apabila diberitahu semua mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Besar Sekolah Menengah (SM) Kamil masih belum boleh dibenarkan pulang.

 

“Saya tunggu hampir sebulan untuk ke sekolah dan bertemu rakan baru, mahu pakai pakaian, kasut dan beg baru.
“Sedih apabila semua kelengkapan sekolah itu rosak ditenggelami banjir,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Menurut Radzuan, air yang naik mendadak menyebabkan dia dan isteri gagal menyelamatkan barangan termasuk kelengkapan persekolahan anak sulungnya itu.

 

 

“Banjir tahun ini paling teruk berbanding dua tahun lalu kerana hanya bumbung rumah dapat dilihat.
“Namun, saya bersyukur kerana keluarga selamat daripada sebarang kemalangan jiwa walaupun air memenuhi rumah jam 2 pagi (kelmarin), iaitu ketika kami tidur,” katanya yang bekerja sebagai buruh.

 

Keluarga Radzuan adalah sebahagian daripada 19 keluarga membabitkan 73 mangsa banjir dari daerah ini yang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara, iaitu di SM Kamil dan SK Bukit Awang.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Ahmad Hashim Selamat berkata, JKM sentiasa melakukan pemantauan terhadap semua mangsa banjir yang berada di dua sekolah berkenaan.
Katanya, semua mangsa banjir itu layak menerima bantuan segera seperti makanan, tikar dan kain.
“JKM bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terutama bagi penyediaan makanan seperti memasak untuk mangsa banjir. “Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa banjir terjamin, JKM menempatkan beberapa kakitangan yang bertugas 24 jam di semua pusat pemindahan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s