Geng Kecik tumpas – Sinar Harian


Geng Kecik tumpas

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
January 14, 2012
Geng Kecik tumpas

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali Geng Kecik yang dianggotai dua beradik berumur belasan tahun, terlibat dalam 10 kes pecah rumah mewah di kawasan Bukit Jalil dan Sri Petaling.

Adik-beradik lelaki berumur 15 dan 19 tahun itu aktif memecah masuk rumah mewah sejak enam bulan dan menjual barangan curi kepada dua pembeli di sebuah pusat membeli belah di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, kegiatan jenayah adik-beradik berkenaan berakhir selepas memecah masuk sebuah kondominium di Sri Petaling, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mangsa, 31 tahun, bekerja di sebuah syarikat percetakan di Taman Sri Gombak, pulang ke rumah, kira-kira jam 10.30 pagi, dan terkejut melihat keadaan rumah berselerak serta mendapati beberapa barang berharga hilang.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya terlihat kelibat dua lelaki mencurigakan sedang berjalan di tepi pagar dalam kawasan kondominium.

“Mangsa memanggil pengawal keselamatan dan terus memberkas suspek berumur 15 tahun manakala abangnya, dapat melarikan diri. Sehingga kini abangnya masih bebas dan sedang diburu.

“Pemeriksaan di dalam beg yang dibawa suspek pula menemui semula barang milik mangsa antaranya, 15 utas rantai dan lima bentuk cincin emas, komputer riba serta wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM6,000,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.

Beliau berkata, susulan itu, polis memberkas dua lelaki berumur 27 dan 41 tahun, masing-masing bekerja di syarikat jual komputer serta kedai emas di pusat membeli-belah.

“Suspek merupakan individu yang terlibat dalam kegiatan membeli barang hasil curi daripada kumpulan ini dan kita merampas komputer riba, barang kemas serta dokumen jual beli,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s