Doktor bantah SBPA – Sinar Harian


Doktor bantah SBPA

NORJIMI AZMI LATIF
January 22, 2012
SBPA

SHAH ALAM – Doktor pakar antara yang paling ramai mengadu mengenai kelemahan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu, kerana pendapatan mereka jauh lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Lok Yin Theng berkata, doktor yang lama berkhidmat merasakan sumbangan mereka seolah-olah dianaktirikan kerana pendapatan diterima jauh lebih rendah berbanding mereka yang baru bertugas.
Beliau berkata, Cuepacs menerima banyak surat daripada kategori itu dan meminta pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula perkara ini.
“Mereka (doktor pakar) mengadu kerana gaji sebulan terutama dari Gred 51 hingga 54 lebih rendah berbanding doktor yang baru bertugas, sedangkan peranannya di hospital terlalu besar.
“Doktor berkenaan bukan sahaja terkilan dengan gaji yang diterima setaraf guru-guru sekolah, malah tidak berpuas hati kerana doktor yang baru berkhidmat menerima ganjaran lebih tinggi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Jika ini dijadikan kayu ukur dalam sistem baru itu, menurutnya, doktor pakar memerlukan jangka masa yang panjang untuk mengejar pendapatan diperoleh anggota Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa).
Malah, katanya, doktor berkenaan mempertikaikan pendapatan yang diterima pihak Jusa melebihi RM15,000 sebulan sedangkan bebanan kerja harian golongan ini setaraf guru sekolah.
Menurutnya, Cuepacs tidak mahu perkara ini terus berlarutan kerana boleh menyebabkan ketegangan berlaku di sektor awam.
“Tugas kami untuk melahirkan organisasi awam yang harmoni dan memaklumkannya dengan segera kepada Perdana Menteri untuk diambil tindakan.
“Tarikh pertemuan dengan beliau, saya tidak boleh beritahu mungkin selepas sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.
Ditanya dakwaan SBPA telah dilaksanakan membabitkan anggota Kumpulan Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, Yin Theng berkata, perkara itu tidak betul dan jangan dengar khabar angin.
Menurutnya, kerajaan telah berjanji akan melihat semua tuntutan yang dibuat Cuepacs secara menyeluruh bukan untuk pihak tertentu sahaja.
Jika Cuepacs membuat tuntutan kepada bahagian tertentu, katanya, ia seolah-olah menampal baju yang koyak dan tidak memperbaiki bahagian lain.
“Matlamat kami seperti dijelaskan tadi, tidak mahu melihat jurang pendapatan yang ketara antara kelas bawahan dengan atasan. Untuk menambah baik, kami menerima pelbagai cadangan daripada golongan profesional yang mahu kerajaan mengkajinya secara mendalam.
“Mereka berpendapat, SBPA seolah-olah mengiktiraf seseorang individu sahaja sedangkan dalam organisasi kerajaan, kejayaannya kerana peranan semua pihak. Kalau orang bawah tidak buat kerja, usaha pihak atasan jadi sia-sia,” katanya.

3 Comments

  1. apa buruk sangat ke darjat guru sampai para doktor yang sombong bongkak ni cakap gaji taraf cikgu je???ingat…cikgu juga ada yg ada master dan PHD…kami juga kumpulan profesional…bukan ko aje…kurang ajar punya doktor…tanpa guru…sapa ko…layak ke ko jadi doktor tanpa jasa guru2 ko dulu…bangang…tu la…kertajaan suka sangat puji melambung para doktor…sebab tu dia rasa dia la yg paling hebat dalam sektor awam ni….piraaaaaaaaahhhhh…

  2. Tak semua doktor sombong mcm yg doktor yg membuat komen tu walaupun saya dah kerap berhadapan dgn doktor yg sombong dan bongkak. Ramai lagi doktor yg ikhlas bekerja di luar sana. Cuma yg saya hairan ialah kenapa setiap kali ada isu tentang kenaikan pangkat atau gred atau gaji, perbandingan akan dibuat secara langsung dgn guru. Betul la golongan guru merupakan kakitangan awam paling ramai tp kita jgn lupa (ramai sengaja lupa sebenarnya) yg guru2 lulusan ijazah pernah jauh ketinggalan drpd sektor lain spt polis dan tentera (doktor jauh lebih tinggi) juga telah menikmati pelbagai penambahbaikan tp jarang2 @ tak pernah dikaitkan dlm membuat perbandingan. Ada golongan dalam nagara kita ini yg tak dapat menerima usaha transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi yg sdg diusahakan oleh kerajaan. Kpd para doktor yg terlalu mengutamakan RM sbg kayu ukur profesionalime kerjaya sektor awam nampaknya kena mencari peluang yg lebih baik di sektor swasta. Cuba la tinjau2 negara spt singapore dan lebih baik lagi Finland yg meletakkan kerjaya sbg pendidik setaraf dgn kerjaya2 profesional yg lain spt peguam, jurutera, doktor, hakim dan sbgnya…..dan kerajaan skrg sdg berusaha ke arah itu. Cukup2lah mengkritik kerjaya lain kerana setiap kerjaya ada keunikan dan kepentingan tersendiri. Jgn lupa kata2 ini….”Kesilapan seorang doktor menyebabkan satu nyawa melayang….kesilapan seorang guru menyebabkan satu generasi kerugian”…jadi kita semua ada peranan besar yg perlu dimainkan utk kesinambungan agama, negara dan bangsa kita.

  3. eh mak aii… duo kali dio merondahkan martabat cikgu.. jangan sampai kena badi cikgu… nyosal hidup….
    teringat satu ayat yang paling menyayat hati seorang rakan bergelar doktor…
    “Alhamdulillah,… tak sangka jumpa kau kat hospital pakar nih…” kataku dalam serak kegeringan, almaklum baru keluar bilik bedah untuk keluarkan kaca di seluruh mukaku akibat kemalangan.
    “Tuhan jadikan banyak perkara untuk selindung hikmahNya”.. katanya..
    ” Rapie , beratnya beban jadi doktor kan?… lambat sikit ramailah yang mati”.. kataku yang kagum dengan kerjayanya..
    ” Jal, … kalau aku buat kerja tak betul… seseorang mungkin akan terus mati…. tapi, kau tu cikgu .. nak kena sentiasa ingat… kalau kau tak buat kerja dengan betul ada pulak anak orang yang merana seumur hidup dulu … baruuu la mati.. ”
    ” agak-agak kau la sapa punye beban lagi berat?… ” sambungnya dengan tegas…
    * walaupun senarionya benar.. tp, nama insan terlibat diubah… hehehehee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s