Tidak minat punca lambakan guru – Sinar Harian


Tidak minat punca lambakan guru

WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Februari 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi.

BATU PAHAT – Penurunan jumlah pelajar mengambil jurusan Sains menjadi punca berlaku lambakan 13,000 guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, isu berkenaan perlu diteliti bersama kerana punca masalah itu membabitkan bidang kua­sa Kementerian Pelajaran dan Ke­menterian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurutnya, kementerian kini sudah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan bagi memastikan pengambilan guru seimbang.

“Menerusi jawatankuasa ini, kementerian akan maklumkan kepada KPT unjuran guru semua subjek untuk sekolah menengah bagi mengelakkan kekurangan mahupun lambakan. Bagi sekolah rendah tiada masalah lambakan berikutan Institut Pendidikan Guru (IPG) dikelolakan kementerian.

“Isunya kini lebih rumit apabila jumlah pelajar memilih Sains menurun, menyebabkan berlaku lamba-kan guru dalam subjek tersebut di sekolah menengah. Kita juga tidak boleh paksa pelajar memilih bidang Sains jika mereka tidak minat,” katanya selepas majlis penyerahan fasa kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penggaram, semalam.

Beliau berkata, semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi meningkatkan semula minat pelajar mengikuti aliran Sains seterusnya mengatasi isu lambakan guru Sains dan Matematik.

1 Comment

  1. Memohon perhatian dan tindakan pihak atasan bagi menyelesaikan masalah lambakan guru matematik dari unitar……

    Ini tidak adil bagi kami yang jurusan matematik yang tidak dipostingkan sedangkan rakan seperjuangan subjek lain telah dipostingkan…

    Terasa juga ibu bapa kami yang mendengar komen PIhak tertentu dijabatan yang mengatakan kami kumpulan yang tercicir dan kumpulan bernasib malang…kami pun rakyat malaysia…

    jangan kata kami tidak berusaha…boleh check maklumat kami dalam semakan dokumen gstt,temuduga guru mara,kpli…semua kami usahakan…kami mengharap dapat latihan perguruan gstt ambilan december 2011 tapi kami tidak dapat alasan ada ijazah pendidikan…bermacam usaha kami…sekarang memang banyak kami menganggur dan menunggu entah sampai bila??????

    ibu bapa kami mengharapkan kami dipostingkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s