Kanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris bunuh diri – UtusanKanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris bunuh diri


Kanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris bunuh diri

KUALA LUMPUR 29 Feb. – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun nyaris mengambil keputusan membunuh diri kerana disyaki tidak tahan dengan penderaan ibu tirinya di Jinjang Utara di sini.

Mangsa ditemui dengan kesan lebam di bahagian pipi dan lengan kiri dipercayai didera oleh ibu tiri dengan kayu pada 20 Februari lalu hanya kerana mangsa telah membawa sijil kelahiran ke sekolah untuk menyertai pasukan bola keranjang tanpa memaklumkan kepadanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dilakukan oleh bapa saudara mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 21 Februari lepas apabila mendapati masalah tersebut semakin serius.

“Dia berasa amat takut dan tidak dapat menumpukan perhatian ke atas pelajarannya sekarang dan mengadu ingin bunuh diri,” kata bapa saudara mangsa, 31, ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Guru, anak rentung kereta bertembung – Utusan


Guru, anak rentung kereta bertembung

 

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

 

KOTA BHARU 29 Feb. – Dua beranak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih-Kota Bharu dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam, Che Arminudin Abdullah, 42, seorang guru dan anak perempuannya, Marissan Alma, 4, berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Che Arminuddin yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh.

Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar tiang sebelum masuk ke lorong bertentangan.

“Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu oleh Azaizurien Ahmad, 33, dan penumpang Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, menyebabkan kedua-duanya terbakar.