Remaja perempuan antara yang ditahan terlibat dadah – Utusan


Remaja perempuan antara yang ditahan terlibat dadah

01/03/2012 4:29pm

 

 

Oleh Oleh ZULHISHAM ISAHAK

 

MUAR 1 Mac ā€“ Polis berjaya menumpaskan satu sindiket dadah terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya lima lelaki dan tiga wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini pada Isnin lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, polis merampas dadah jenis syabu, heroin, ketamin, pil ekstasi, ganja dan peralatan memproses dadah termasuk tiga buah kereta mewah kesemuanya bernilai RM1 juta.

Operasi yang dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar itu turut merampas wang tunai berjumlah RM4,200.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, rumah tersebut dipercayai dijadikan makmal untuk memproses dadah sejak sebulan lalu. _ UTUSAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s