PDRM perluas program ‘High Profile Policing’ ke sekolah – Bernama


PDRM perluas program ‘High Profile Policing’ ke sekolah

2012/03/02

KLUANG: Polis akan memperluaskan program ‘High Profile Policing’ ke seluruh sekolah di negara ini sebagai usaha menurunkan kadar jenayah dan menerap sikap cegah jenayah sejak kecil kepada murid.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata usaha ‘turun padang’ dengan mendekati murid dilihat lebih berkesan walaupun polis menggunakan teknologi baru termasuk Facebook sebagai cara berhubung dengan masyarakat.

“Kita perlu ada strategi untuk menurunkan jenayah. Memang betul kita sudah ada pelbagai pendekatan baru seperti Facebook tetapi kita tetap perlu jumpa dan berjabat tangan, barulah kasih sayang dan kemesraan itu datang.

“Selepas ini Perak, Pulau Pinang dan Terengganu akan turut laksana program yang sama dan saya sendiri akan melawat ke negeri lain juga,” katanya selepas menghadiri program ‘High Profile Policing’ di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1) di sini, hari ini.

Ismail berkata, usaha menurunkan kadar jenayah bukan melalui kaedah rondaan semata-mata sebaliknya perlu diterapkan sejak di bangku sekolah.

Terdahulu, ketika berucap, Ismail memuji usaha yang dilakukan polis negeri ini dalam menurunkan kadar jenayah dan menggesa semua pihak memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa.

Bagi daerah Kluang, Ismail berkata, beliau dimaklumkan kira-kira 1,000 kes jenayah direkod dalam tempoh setahun di daerah ini dengan 50 peratus daripadanya membabitkan kecurian motosikal.
Dalam kunjungan ke sekolah, Ismail turut mengambil kesempatan bertemu bekas Guru Besarnya, Rattan Singh, 83, dan 10 rakan sekelas yang belajar bersamanya dari darjah dua hingga empat, pada tahun 1961 sehingga 1963.

Beliau berkata, kunjungannya ke sekolah berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang mengajarnya selain menyuntik semangat murid untuk lebih berjaya pada masa depan.

“Air mata saya tidak dapat ditahan apabila dapat berjumpa dengan guru besar dan rakan-rakan selepas 50 tahun tidak berjumpa,” katanya.

Mengimbau kenangan persekolahan, Ismail berkata, beliau berasa seronok bergaul dengan rakan berbilang bangsa dan bermain permainan “polis dan pencuri’ bersama-sama.BERNAMA

Remaja 13 tahun cabul adik – Sinar Harian


Remaja 13 tahun cabul adik

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Mac 2012

KULAIJAYA  – Seorang remaja keciciran pelajaran berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis berusia sepuluh tahun yang juga adiknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Februari lalu di kediamannya di sebuah Felda di negeri ini pada kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan cara menggeselkan kemaluannya pada pada punggung mangsa.

Remaja itu yang tidak ditemani ahli keluarganya ketika pertuduhan dijalankan, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa yang juga merupakan gadis lembam.

Dia ditawarkan jaminan RM6,000 bagaimanapun dikurangkan kepada RM5,000 selepas merayu dengan alasan sudah tidak bersekolah dan hanya bekerja sebagai pengutip besi buruk.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, A Karthiyayini di hadapan Majistret, Zaiton Anuar, manakala sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 16 April ini bagi menunggu laporan akhlak dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lelaki dikenakan hukuman denda sebanyak RM200 dan penjara 10 hari selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat terhadap isterinya.

Diludah tak tegur senior – Metro


Diludah tak tegur senior

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menegur pelajar senior, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Cheras diterajang tujuh pelajar perempuan lain dari sekolah sama dalam kejadian berdekatan sekolah berkenaan, petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah pada jam 2.15 petang di sebuah lorong berdekatan sekolah berkenaan di Desa Petaling, di sini. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan kumpulan pelajar senior yang tidak puas hati dengan mangsa yang tidak bertegur sapa dengan mereka.
Katanya, mangsa dikatakan hanya berkawan dengan seorang pelajar di sekolah berkenaan hingga menyebabkan kumpulan pelajar senior terbabit tidak puas hati dengan kelakuannya itu.

 

“Pada mulanya, mereka dipercayai hanya bertengkar sebelum mangsa yang berseorangan diajak bergaduh di kawasan lain tetapi mangsa enggan kerana takut.
“Akibat naik angin, mangsa ditampar seorang daripada pelajar itu sebelum seorang lagi meludah muka mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian diterajang di perut selain ditampar beberapa kali di muka.

 

 

Katanya, selepas puas membelasah mangsa, kumpulan pelajar itu bersurai dan mangsa yang dalam kesakitan berjalan pulang ke rumahnya sebelum mengadu kepada ibunya.
Khairi berkata, ibu mangsa yang mendapati anaknya cedera kemudian membawa anaknya itu ke Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan lanjut sebelum ke klinik untuk rawatan.

 

Suami ganas kena tahan – Metro


Suami ganas kena tahan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MIRI: Seorang ibu dua anak tidak ubah seperti hamba seks apabila dipaksa suami melakukan hubungan kelamin dalam keadaan mabuk sejak tiga tahun lalu, selain sanggup memaparkan aksi ganas itu di depan anak yang berusia tujuh dan 12 tahun.

Lelaki berusia 48 tahun itu yang juga kaki botol, dikatakan memperlakukan isteri berusia 42 tahun sewenang-wenangnya termasuk menendang dan diterajang.
Aksi seks gila lelaki terbabit berakhir apabila wanita terbabit yang ditampar dan diugut bunuh lelaki membuat laporan di Balai Polis Pusat (CPS) Miri. Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan ditahan susulan laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

JKM selamat remaja kutip derma – Metro


JKM selamat remaja kutip derma

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diarah sebuah pusat tahfiz di Kedah untuk mengutip derma dan menjual barangan dalam Ops Eksploitasi Kanak-Kanak di sebuah stesen minyak di Seksyen 18, di sini, kelmarin.

Difahamkan remaja terbabit akan dihantar individu yang dikenali ‘cikgu’ ke stesen minyak bermula jam 12 tengahari dan akan diambil semula pada jam 8 malam untuk mengutip derma selain menjual barangan seperti air dan gel herba serta cakera padat. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Eny Edayu Mat Ali berkata, sewaktu dihampiri, remaja terbabit memegang buku resit dan terdapat beberapa barangan herba dan menyasarkan orang ramai yang mahu mengisi minyak menderma atau membeli barangan di jual.
Katanya, remaja terbabit mendakwa dia baru empat hari tiba di Shah Alam dan sebelum ini, dia menjual barangan seperti air herba dan gel herba di beberapa buah negeri lain di semenanjung.

 

“Sewaktu didekati, remaja terbabit dipercayai baru memulakan aktivitinya dan barangan jualannya masih banyak dan disimpan di dalam beg yang di bawa bersama.
“Remaja terbabit menyatakan dia di hantar cikgunya ke stesen minyak berkenaan untuk meminta derma dan menjual barangan herba serta cakera padat selain mendakwa ianya adalah latihan praktikal untuk berniaga,” katanya.

Didakwa cabul 8 pelajar – Metro


Didakwa cabul 8 pelajar

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Seorang sukarelawan pengakap yang juga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan mencabul lapan pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Dia yang hadir memakai kemeja lengan panjang berwarna krim kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan.

 

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan perbuatan mencabul lapan pelajar yang berusia antara 13 dan 16 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Persiaran Perdana, Sungai Buloh, di sini, antara April hingga Jun tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta tiga syarat tambahan iaitu pasport ditahan oleh mahkamah, tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan harus menjauhi ke semua mangsa dengan jarak 50 meter.

 

 

Peguam bela Amrit Paul Singh yang mewakili tertuduh kemudian memohon wang jaminan dikurangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan berikutan tertuduh mempunyai tanggungan lima anak yang mana semuanya masih bersekolah.
“Saya juga meminta pasport tertuduh tidak ditahan, jika tertuduh ingin melarikan diri ke luar negara sudah lama dia berbuat demikian selepas masalah ini berlaku.

 

“Kerjasama yang diberikan tertuduh sejak dipanggil polis pada 9 Februari lalu bagi memberikan maklumat mengenai masalah ini meyakinkan saya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mungkin akan melakukan perkara seperti ini,” katanya. Nor Afidah membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin berserta dua syarat iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan dan menjauhi semua mangsa manakala kes ditetapkan semula pada 2 April depan.
Wang jaminan dibayar isteri dan abang tertuduh yang hadir menemaninya.
Pada 16 Februari lalu, akhbar ini melaporkan seorang jurulatih didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang menyertai Pergerakan Pengakap dengan memegang payu dara, kemaluan dan punggung mereka.
Difahamkan, lelaki itu melatih pelajar berusia 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008.

Sumbangan buku untuk PSS luar bandar – Berita Harian


Sumbangan buku untuk PSS luar bandar
Oleh Noor Azlina Zainudin
azlina@nstp.com.my
2012/03/02

NOORAINEE bergambar bersama sebahagian penyumbang awal PROSKOP; Sumbangan Bahan Bacaan Tambahan Untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar di Putrajaya, kelmarin.

NOORAINEE bergambar bersama sebahagian penyumbang awal PROSKOP; Sumbangan Bahan Bacaan Tambahan Untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar di Putrajaya, kelmarin.

Bantu generasi muda baca buku bermutu, pupuk amalan membaca

PUTRAJAYA: Agensi swasta, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) disaran tampil memberi sumbangan atau tajaan untuk membekalkan bahan bacaan bermutu bagi kegunaan pusat sumber sekolah (PSS) terutama di luar bandar, dalam usaha membantu kelangsungan agenda pendidikan negara.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, berkata tanggungjawab sosial seumpama itu dapat membantu generasi muda di luar bandar memperoleh kepelbagaian buku bermutu untuk dibaca kerana sumber bacaan paling mudah yang boleh diakses oleh mereka ialah di PSS.

Usaha murni ini patut mendapat sokongan penuh syarikat swasta dan agensi korporat lain. – Noorainee Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, nisbah buku dengan bilangan murid di kebanyakan sekolah luar bandar masih belum mencukupi untuk membolehkan setiap murid berpeluang meminjam buku pada kadar yang maksimum.

“Bagi memupuk amalan membaca, pelbagai pendekatan menarik dan bersesuaian perlu diambil oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Selain sentiasa diingatkan dengan kebaikan amalan ini, infrastruktur yang baik dan kepelbagaian bahan bacaan mampu menyemarakkan lagi amalan membaca dalam kalangan pelajar.

“Justeru, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Minda Kebangsaan (YMK) mewujudkan program usaha sama bagi membekalkan bahan bacaan kepada 500 PSS sekolah rendah luar bandar terpilih di seluruh negara. Usaha murni ini patut mendapat sokongan penuh syarikat swasta dan agensi korporat lain,” katanya berucap melancarkan Program Sosial Korporat Pendidikan (PROSKOP); Sumbangan Bahan Bacaan Tambahan Untuk Pusat Sekolah Rendah Luar Bandar di Putrajaya, kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud: Pengerusi Eksekutif YMK, Kamarulzaman Kamdias dan Pengarah Urusan Ana Muslim, Othman Mohamed.
PROSKOP ialah program usaha sama antara YMK, Kementerian Pelajaran dan Ana Muslim selaku pembekal bahan bacaan bagi meminta sumbangan dan keprihatinan pihak korporat dan swasta membiayai projek membekalkan bahan bacaan di sekolah rendah luar bandar.

Setiap sekolah terpilih akan menerima 2,500 set bahan bacaan tambahan bernilai RM2,000 terbitan Blue-T Communications Sdn Bhd merangkumi Ensiklopedia Kanak-Kanak Muslim, Siri Lagenda, Siri Bacaan Ana Muslim, Siri Sains Ana Muslim-Tubuh Manusia dan Siri Sains Ana Muslim-Teknologi Kitar Semula.

Setakat ini, sejumlah RM368,000 berjaya dikumpulkan bagi membiayai program bernilai kira-kira RM1 juta ini. Antara yang telah menyumbang ialah NAZA Motors, Syarikat Perumahan Negara Berhad, SME Bank, Yayasan Budimas, OnlySha Venture Enterprise dan Tetap Dinamik.

Sementara itu, Abd Ghafar berkata, nisbah murid dengan koleksi PSS pada masa kini ialah 1:15 bagi sekolah rendah dan 1:20 bagi sekolah menengah.
Beliau berkata, dengan adanya bantuan syarikat swasta, koleksi bahan bacaan di PSS dapat ditambah dari semasa ke semasa dan Kementerian Pelajaran juga sentiasa mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan jumlah ini mengikut piawaian yang ditetapkan.

Pantau kandungan bacaan anak-anak – Kosmo


Pantau kandungan bacaan anak-anak

 

Oleh SUHANA VERU

 


 

KERAJAAN telah menggerakkan pelbagai program untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara pembaca.

Ternyata usaha itu berbaloi apabila kadar membaca buku di Malaysia semakin meningkat daripada dua buah buku setahun pada tahun 1996 kepada lapan buah buku setahun pada tahun 2010.

Di sebalik peningkatan minat membaca masyarakat hari ini, persoalannya apakah bentuk bacaan yang dipilih oleh pembaca?

Adakah bahan bacaan di negara ini ditapis dengan teliti terutamanya membabitkan buku import?

Ia berikutan sejak kebelakangan ini, lambakan bahan bacaan import dilihat terlalu bebas dengan pengisian lucah.

Paling menyedihkan apabila ia turut dimomokkan untuk golongan kanak-kanak.

Terbaharu, kebimbangan itu disuarakan Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Khairun Aseh berhubung bahan-bahan bacaan yang mempunyai elemen kelucahan yang dijual kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di negara ini.

Racun fikiran kanak-kanak

Baru-baru ini, media telah mendedahkan tentang sebuah buku import yang memaparkan tulisan dan ilustrasi lucah yang dianggap terlampau serta tidak sesuai untuk pembacaan golongan itu.

Khairun mengakui buku itu boleh meracuni dan memanipulasi pemikiran kanak-kanak untuk mencubanya secara praktikal.

“Kita tidak boleh terima buku sebegini apatah lagi, untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Namun, apa yang pelik bagaimana buku tersebut boleh terlepas daripada penguatkuasaan.

“Oleh itu, kita menggesa agar Dasar Buku Negara 1998 dikemas kini kerana banyak aduan yang diterima mengenai kandungan buku-buku bacaan kanak-kanak yang didapati mempunyai unsur lucah,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, menurut beliau, dasar itu juga bagi menggalakkan lebih ramai penulis dan syarikat dalam negara mendapat peluang dalam pengeluaran buku di negara ini.

Banyak buku lain

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di beberapa buah kedai buku utama di ibu negara mendapati, terdapat banyak lagi buku-buku import yang berunsurkan lucah masih tersusun rapi di rak bahan bacaan kanak-kanak.

Buku-buku itu dijual pada harga RM30 sehingga RM50. Kandungan buku itu bukan sahaja menunjukkan ilustrasi alat sulit lelaki dan wanita malah, intipati buku itu juga dianggap keterlaluan kerana memberi penjelasan secara terperinci.

KANAK-KANAK lebih baik diberi didikan agama termasuk membaca al-Quran daripada merosakkan minda dengan buku berunsur lucah.

 

Antara intipati terlampau tersebut termasuklah menceritakan perubahan yang berlaku terhadap diri seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki semasa mencapai akal baligh.

Sebuah buku lain yang terletak di rak buku untuk kanak-kanak bawah 12 tahun pula, menyediakan maklumat menyeluruh tentang perubahan fizikal. Dalam buku itu juga menyebut cara mengatasi perasaan keliru, pelik dan takut apabila berlaku perubahan pada diri mereka.

Namun, apa yang menjadi persoalan adakah bahan bacaan tersebut sesuai untuk kanak-kanak di negara ini dan selari dengan nilai dan pegangan hidup kita sebagai muslim apabila tanpa rasa segan silu membogelkan tubuh lelaki dan wanita dalam bentuk ilustrasi?

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar berpendapat apa jua bahan bacaan yang tidak sesuai dan bercanggah dengan budaya ketimuran sepatutnya tidak dijual di negara ini.

Psikologi kanak-kanak

Menyentuh mengenai buku-buku import yang mempunyai unsur lucah, beliau mengakui, bukan semua buku yang berada di pasaran mempunyai kandungan lucah. Namun, kandungan yang keterlaluan sememangnya tidak sesuai khususnya untuk pembangunan sahsiah kanak-kanak.

Pendapat beliau mungkin didorong dengan hakikat bahawa betapa pelbagai kajian yang pernah dilakukan berpendapat fasa kanak-kanak merupakan fasa paling penting kerana perkembangan otak manusia berlaku paling pantas pada waktu itu.

Robert Havighurst seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi contohnya menjelaskan melalui kajian beliau, perkembangan personaliti kanak-kanak dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya.

Daripada kajian Havighurst itu, ia jelas membuktikan betapa apa yang berlaku di sekeliling kanak-kanak dan nilai-nilai yang diterapkan ibu bapa akan menentukan perkembangan sahsiah diri mereka.

Bagi seorang ibu, Sharmila Mohd. Bashir, 34, penerbitan bahan bacaan kanak-kanak yang berunsur lucah di pasaran tidak boleh diambil mudah kerana ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Ibu kepada tiga orang anak itu mengakui kanak-kanak akan hanyut dalam keasyikan membaca buku-buku berkenaan.

Apatah lagi, ia bukan sahaja dipersembahkan dalam bentuk tulisan bahkan, disertakan dengan ilustrasi untuk menarik minat bacaan si kecil.

“Penjelasan secara mendalam akan mewujudkan rasa ingin tahu lebih lanjut sekali gus mereka akan mencuba melakukan aksi itu. Keterbukaan melampau sebelum waktunya akan menyebabkan mereka mudah terjebak dengan masalah sosial.

BAYANGKAN perasaan seorang ibu, apabila melihat anaknya sedang menatap tubuh wanita dan lelaki dalam keadaan berbogel serta bercumbuan.

 

Pendapat itu turut disokong Mohammed Ali Mustapha, 34, yang turut kecewa dengan lambakan bahan bacaan tidak bermoral untuk anak-anak kecil.

“Ibu bapa perlu bijak memilih bahan bacaan untuk anak-anak mereka. Jangan biarkan kanak-kanak memilih sendiri kerana jika tidak dipantau ia mungkin menyebabkan mereka tersilap membeli bahan bacaan.

“Oleh itu, golongan ibu bapa perlu meluangkan masa ketika anak-anak mahu mengunjungi kedai buku. Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan anak tentang kandungan buku yang dipilih untuk bacaan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohammed Ali berharap pihak berkuasa perlu sentiasa mengadakan pemantauan terhadap bahan-bahan yang kini berada di pasaran.

‘Papa, mama… tolong saya!’ – Kosmo


‘Papa, mama… tolong saya!’

 

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

 

SUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon “papa, mama… tolong saya!” kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik.

Sindiket penipuan itu dikesan masih berterusan dan sepanjang tahun lalu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima 10 kes dengan empat mangsa tertipu membabitkan kerugian berjumlah RM57,000.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi berkata, siasatan polis daripada kes-kes culik palsu itu mendapati sindiket jenayah terbabit didalangi warga tempatan yang akan menghubungi ibu bapa mendakwa anak mereka diculik.

“Penjenayah ini kemudian menggunakan suara kanak-kanak menangis yang dirakam menyebabkan ibu bapa yang menerima panggilan itu akan panik dan mengikut arahan penjenayah itu kerana mahu menyelamatkan anak mereka,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.