Remaja 13 tahun cabul adik – Sinar Harian


Remaja 13 tahun cabul adik

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Mac 2012

KULAIJAYA  – Seorang remaja keciciran pelajaran berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis berusia sepuluh tahun yang juga adiknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Februari lalu di kediamannya di sebuah Felda di negeri ini pada kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan cara menggeselkan kemaluannya pada pada punggung mangsa.

Remaja itu yang tidak ditemani ahli keluarganya ketika pertuduhan dijalankan, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa yang juga merupakan gadis lembam.

Dia ditawarkan jaminan RM6,000 bagaimanapun dikurangkan kepada RM5,000 selepas merayu dengan alasan sudah tidak bersekolah dan hanya bekerja sebagai pengutip besi buruk.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, A Karthiyayini di hadapan Majistret, Zaiton Anuar, manakala sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 16 April ini bagi menunggu laporan akhlak dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lelaki dikenakan hukuman denda sebanyak RM200 dan penjara 10 hari selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat terhadap isterinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s