SEMAKAN TAKLIMAT PERSEDIAAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA KPM TAHUN 2012


SEMAKAN TAKLIMAT PERSEDIAAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA KPM TAHUN 2012

Untuk keterangan lanjut lawat laman web ini di sini. http://apps.moe.gov.my/ehlp/krshlp/index2.cfm/

Mulakan kajian SSM sekarang, kata Cuepacs – Bernama


Mulakan kajian SSM sekarang, kata Cuepacs

9 Mac 2012
Cuepacs

MELAKA – Cuepacs berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sebaiknya perbincangan berhubung langkah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.

“Kita harap suruhanjaya ini cepat ditubuhkan dan dapat jasa baik Perdana Menteri, siapa yang jadi pengerusi (suruhanjaya) dapat diumumkan secepat mungkin.

“Ini kerana nak menyediakan sesuatu skim bukannya mudah,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, di sini hari ini.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas lanjut, Omar berkata antara perkara yang memerlukan perhatian segera suruhanhaya itu ialah isu tangga gaji maksimum.

Ini kerana katanya dengan pembatalan SBPA, isu tangga gaji maksimum yang sebelum ini dibangkitkan di dalam SSM akan kembali berlaku.

“Sebagai contoh kalau gaji seseorang penjawat awam RM4,000, dapat pelarasan gaji 13 peratus, naiklah RM520 tetapi selepas itu habislah (kerana gaji maksimum), ini semua perlu dilihat kembali kerana dalam SBPA dahulu inilah perkara utama yang dibangkitkan,” katanya. – Bernama

Tunggakan gaji 3 hingga 4 bulan – Metro


Tunggakan gaji 3 hingga 4 bulan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima tunggakan gaji antara tiga hingga empat bulan dijangka seawal bulan ini berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Perdana Menteri, semalam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan itu berasaskan gaji pokok terkini yang dikira mulai Januari lalu.
“Jika gaji asas seorang kakitangan adalah RM2,000, dia akan menerima tunggakan RM260. Namun, cara pembayaran tunggakan itu akan ditentukan bahagian sumber manusia agensi masing-masing sama ada secara berperingkat atau sekali gus.

 

“Ini kerana mereka perlu mengira semula gaji terbabit, tetapi lagi bagus kalau ia dibayar sekali gus,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Omar berkata, pihaknya berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri dan menganggap ia adalah pengagihan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam.
Menurutnya, pembatalan SBPA juga disifatkan mengurangkan jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.

 

 

“Jadi, kita harap selepas ini kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi. “Kalau nak ikut rasa tidak puas hati sampai bila pun masalah tidak selesai. Sekarang kita kena jenamakan semua sikap kerana Cuepacs sentiasa berunding untuk menambahbaik gaji kakitangan awam,” katanya.

1.4 juta penjawat awam naik gaji – Kosmo


1.4 juta penjawat awam naik gaji

 

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

 

NAJIB berucap di hadapan penjawat awam di PICC, Putrajaya semalam.

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi sektor awam serta pembatalan struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta implikasi kewangan.

“Pelaksanaan skim SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Ekoran pembatalan SBPA maka pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan itu akan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks SSM,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perjumpaan khas bersama lebih 15,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Kanak-kanak 9 tahun dikhuatiri lemas – Utusan


Kanak-kanak 9 tahun dikhuatiri lemas

IPOH 8 Mac – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas dipercayai dibawa arus deras selepas tergelincir dalam longkang sedalam antara dua hingga tiga meter di Kem Syed Putra, Jalan Tambun di sini semalam.

Mangsa, Yushairiezal Judin dikatakan bermain bola sepak bersama rakannya dengan memakai seluar sekolah berhampiran longkang berkenaan dan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam.

Ibunya, Mazlinah Rintan, 31, berkata, selepas gagal menemui anaknya di kawasan kem berkenaan termasuk di sekolah, dia akhirnya membuat laporan polis hari ini.

“Yushairiezal bermain berhampiran dengan dua longkang besar dan ketika itu hujan lebat. Saya bimbang jika dia tergelincir dan dibawa arus yang kuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

MBSB sumbang RM50,000 jayakan Festival Hari Guru – Utusan


MBSB sumbang RM50,000 jayakan Festival Hari Guru

KUALA LUMPUR 8 Mac – Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) tampil memberi sumbangan bernilai RM50,000 kepada Utusan Melayu (M) Berhad bagi menjayakan Festival Hari Guru 2012 yang bakal diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada 12 hingga 16 Mei ini.

Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Peruncitan MBSB, Azman Aziz berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu kelancaran penganjuran Festival Hari Guru anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban penganjur bagi menampung kos penganjuran festival peringkat kebangsaan itu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan replika cek sumbangan di sini hari ini.

Replika cek itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali.

Batal SBPA elak manipulasi – Utusan


Batal SBPA elak manipulasi

 

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

 

KUANTAN 8 Mac – Pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan dan rasa tidak puas hati penjawat awam terhadap skim tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembatalan itu juga bagi mengelakkan tindakan pihak tertentu daripada terus memanipulasi mengenai SBPA.

“Semakan SBPA sebelum ini mengambil kira kategori penjawat awam yang berpendapatan rendah yang mana mereka harus diberi kenaikan gaji dan pada hemat saya Perdana Menteri amat prihatin dalam perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kem 4 Briged (Mekanize), Kem Batu 10, di sini hari ini.

Bukti kerajaan responsif – TPM – Utusan


Bukti kerajaan responsif – TPM

 

Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 8 Mac – Keputusan membatalkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) responsif terhadap kepentingan serta kemahuan para penjawat awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira maklum balas jawatankuasa kerja khas mengkaji pelaksanaan SBPA serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendapati ia perlu ditambah baik.

Kata beliau, ia membuktikan kerajaan berani serta telus untuk mengakui kelemahan sesuatu dasar serta mengambil kira pandangan para penjawat awam di setiap peringkat.

“Saya tidak fikir dari segi kerajaan kita salah, apabila kita lihat kelemahan dan (mengambil kira pandangan) pegawai kata kaji balik, kita kaji balik. Secara keseluruhan, semua pihak menyambut baik (pembatalan SBPA), bukan sahaja pihak dalam sektor perguruan.

CUEPACS anggap isu SBPA selesai – Berita Harian


CUEPACS anggap isu SBPA selesai
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my
2012/03/09

KAKITANGAN Imigresen Malaysia gembira selepas Najib umum 13 peratus kenaikan untuk kakitangan awam  di Putrajaya, semalam.

KAKITANGAN Imigresen Malaysia gembira selepas Najib umum 13 peratus kenaikan untuk kakitangan awam di Putrajaya, semalam.

Kongres gembira sebahagian besar tuntutan kakitangan awam dipenuhi

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menganggap isu dan polemik mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai selepas ia dibatalkan dan penggajian diteruskan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara itu melegakan dan menggembirakan lebih 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara.

Kita harap selepas ini, kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi. – Datuk Omar Osman, Presiden CUEPACS.

Katanya, kenaikan gaji itu adalah adil dan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam kerana SBPA membentuk jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.

“Kita harap selepas ini, kakitangan kerajaan akan lebih fokus kepada tugas masing-masing dan tidak timbul lagi soal tidak puas hati kerana sebahagian besar tuntutan kita sudah dipenuhi.

“Kalau nak ikut rasa tidak puas hati sampai bila pun masalah tidak selesai… sekarang kita kena jenamakan semua sikap kerana CUEPACS sentiasa berunding untuk menambahbaik gaji kakitangan awam,” katanya.

Dalam pada itu, Omar juga gembira kerana kerajaan turut memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari pembatalan dasar SBPA.
Beliau berkata, dengan pelarasan gaji berkenaan, tidak ada lagi kakitangan awam menerima pendapatan kurang daripada gaji minimum swasta yang diumumkan antara RM800 hingga RM1,000 baru-baru ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, berkata laluan kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh negara.

“Langkah ini menunjukkan golongan pendidik tetap diberikan keutamaan oleh kerajaan kerana guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk naik pangkat atau gred lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) pula meminta kerajaan mengawal kenaikan harga barang di pasaran selepas pengumuman Perdana Menteri supaya tidak menjejaskan penjawat awam yang menikmati pelarasan gaji serta kenaikan elaun sara hidup.

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin, berkata selain itu KPISM berharap kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan sentiasa berbincang serta berhubung rapat dengan CUEPACS dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan awam yang lebih baik dan jitu pada masa depan.