JPA mesyuarat minggu depan bincang SBPA – Sinar Harian


JPA mesyuarat minggu depan bincang SBPA

9 Mac 2012

PUTRAJAYA  – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijadualkan bermesyuarat seawal minggu depan bagi membincangkan sama ada terdapat penjawat awam dan pesara yang sudah memperolehi bayaran gaji dan pencen mengikut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang telah dibatalkan oleh kerajaan semalam.

Sumber JPA ketika dihubungi Bernama berkata mesyuarat itu dijangka akan dihadiri wakil-wakil dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Sekiranya perkara itu berlaku, sumber itu berkata mesyuarat tersebut akan mencari mekanisme yang bersesuaian untuk menyelesaikannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikannya kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Kerajaan pada 12 Jan lepas memutuskan supaya SBPA, yang sepatutnya di laksanakan pada 1 Jan, dikaji semula ekoran rasa tidak puashati penjawat awam.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklum balas yang dikemukakan dan mengemukakan cadangan penyelesaian.  –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s