Hanya sekali SMS, pesara guru menang hadiah melancong ke Taiwan – Utusan


Hanya sekali SMS, pesara guru menang hadiah melancong ke Taiwan

CHANG Fu Nan (dua kiri) dan Hassan Mohd. Noor (kanan) bersama tiga pemenang utama iaitu Ghazali Suratman (tiga dari kiri), Rokiah Bibi Mohamed (tiga dari kanan) dan Lim Sau Lan di Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, kelmarin.

 

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kesetiaan seorang pesara guru melanggan akhbar Utusan Malaysiasejak usia muda membawa tuah apabila terpilih memenangi salah satu daripada lapan hadiah yang ditawarkan dalam Peraduan Kumpul dan Menang Edisi Merah A yang berakhir 29 Februari lalu.

Ghazali Suratman, 63, berasal dari Sungai Manik, Perak menyifatkan pakej percutian yang dimenangi tersebut sebagai penghargaan terhadap kesetiaannya melanggan Utusan Malaysiaselama ini.

“Saya rasa bertuah kerana hanya sekali sahaja menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), saya memperoleh hadiah yang cukup bermakna hari ini.

Tambah baik pendidikan ikut situasi global – Muhyiddin – Utusan


Tambah baik pendidikan ikut situasi global – Muhyiddin

ALOR GAJAH 11 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha kerajaan untuk mengkaji semula sistem pendidikan negara bukan ingin menafikan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan sejak berpuluh tahun lamanya.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian itu perlu dilakukan disebabkan situasi global semakin kompetitif yang memerlukan satu sistem pendidikan yang lebih menjamin masa depan.

”Kita percaya ada keperluan untuk kita melihat semula sistem pendidikan negara, apa yang dilakukan selama ini dan bagaimana hendak kita tentukan penambahbaikan.

”Usaha ini amat penting kerana dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang kita dapat menggunakan sistem pendidikan yang boleh melahirkan modal insan yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Golf Amal 1Malaysia anjuran Alumni dan PIBG Sekolah Tinggi Muar di Kelab Golf A’Famosa Resort di sini hari ini.