Jangan lupa jasa kerajaan – Sinar Harian


Jangan lupa jasa kerajaan

ALAUDIN MA
15 Mac 2012
Jangan lupa jasa kerajaan

GUA MUSANG – Guru Kelas Fardu Ain (Kafa) perlu ingat jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi peluang kepada mereka mengajar dengan menawarkan tangga gaji yang tinggi dan sekali gus mampu menanggung kos sara hidup ahli keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof berkata, bagi mendapatkan jawatan itu bukan perkara mudah kerana ia terpaksa melalui proses temu duga dan mereka yang layak sahaja dipilih.

Beliau berkata, mereka yang berjaya dipilih adalah orang harapan kerajaan BN untuk mendidik anak bangsa dan jangan salah gunakan saluran mengajar itu untuk menghentam balik pemimpin kerajaan tersebut.

Menurutnya, walaupun setakat ini belum ada guru Kafa yang bertindak demikian, namun kerajaan bimbang dengan pelbagai perkembangan mutakhir ini yang mudah terpengaruh hasutan pemimpin dari parti pembangkang.

“Oleh itu, kita mahu mereka tumpukan kepada tugas masing-masing mendidik anak bangsa dan jika perlu boleh juga memperjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat supaya mudah faham serta tidak keliru hasutan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Watikah 101 Guru Kafa 2012 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Wang 2 (SKSW2), dekat sini, kelmarin.

Ab Aziz juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang berkata, kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan yang terbaik untuk rakyat sejak kebelakangan ini.

Katanya, langkah itu adalah semata-mata bagi mencapai transformasi kerajaan untuk faedah seluruh rakyat tanpa mengira kaum sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar.

“Kita (kerajaan) memandang jauh ke hadapan kerana tidak mahu lihat rakyat terus dibebani dengan pelbagai masalah hidup terutama tekanan perbelanjaan harian berikutan kos rasa hidup yang meningkat.

“Guru Kafa boleh main peranan untuk turut membantu kerajaan menjelaskan secara tepat apa yang dilaungkan selama ini untuk menjadikan rakyat hidup senang dan menikmati kemajuan sepanjang masa,” katanya.

Beliau yakin guru Kafa yang dilantik setiap tahun dalam kalangan mereka yang mempunyai ilmu serta pengalaman luas untuk berdepan dengan pelbagai isu semasa bagi memperjelaskan bersama.

“Namun, apa yang kita pastikan tugas mereka mendidik pelajar tidak terjejas walaupun turut membantu kerajaan dalam mengembangkan minda kemajuan negara,” katanya.

Pesanan ayah jadi pendorong – Metro


Pesanan ayah jadi pendorong

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: “Adik belajar sungguh-sungguh hingga mendapat segulung ijazah”. Pesanan itulah yang dipegang graduan Pendidikan Seni Visual, Roslan Ismail, 24, sejak mula menjejakkan kaki ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Perlis sehingga berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam tempoh lima tahun setengah.

Pemuda yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah itu berkata pesanan itu diberikan arwah bapanya, Ismail Darus yang meninggal dunia ketika dia berada di tingkatan tiga, sekali gus memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang.
Hasilnya, guru muda ini terpilih sebagai seorang daripada penerima Anugerah Kecemerlangan sempena Konvokesyen Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPGM Kementerian Pelajaran ke-2, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. Anugerah disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. Hadir sama, Rektor IPGM, Datuk Dr Haili Dolhan.

 

Roslan yang juga anak bongsu dari tujuh beradik itu berkata, walaupun di dalam keluarga tiada sejarah yang menjadi guru, tetapi dia mendapat mendapat dorongan menjadi guru daripada abang iparnya yang bertugas sebagai pensyarah universiti.
“Saya menghadiri konvokesyen abang ipar, dari situ saya dapat merasai sesuatu yang unik menjadi guru.
“Alhamdulillah kini, cita-cita saya tercapai, dan saya menjadi orang pertama dalam keluarga menjadi guru…kejayaan ini saya dedikasikan khas untuk arwah ayah saya,” kata guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 2, Johor ini.

 

 

Menurutnya, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang tempoh pengajian, terutama dari segi kekangan masa, namun baginya semua yang dilakukan akan mendapat ganjaran setimpal sekiranya bekerja bersungguh-sungguh, tidak menunjuk-nunjuk dan ikhlas.
Berbeza pula dengan Siti Zaimah Mohamed Yassin, 24, yang banyak mendapat dorongan ayahnya yang juga guru menjadi pendidik, malah dari kecil lagi dia sudah didedahkan dengan suasana profesion perguruan di rumah.

 

“Saya dapat melihat sikap ayah yang penuh dedikasi, secara tidak langsung ia meresap di dalam diri saya untuk menjadi pendidik, malah seluruh keluarga saya menyokong penuh cita-cita saya,” kata graduan Bahasa Arab dari IPGM Pendidikan Islam, Selangor.
Guru di SK Kahang, Johor itu berkata, dia menggunakan pendekatan interaktif kerana langkah merangsang murid belajar.

Keputusan SPM 21 Mac – Metro


Keputusan SPM 21 Mac

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan diumumkan pada 21 Mac ini dan semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, semalam berkata, 468,808 calon menduduki SPM tahun lalu, membabitkan 412,028 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian (7,155).
Ia turut membabitkan 7,925 calon sekolah menengah agama negeri; sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian (10,750), sekolah menengah agama rakyat (1,737) dan calon persendirian 29,213.

 

“Semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
“Calon juga menyemak melalui mySMS dengan menaip SPM jarakkan, nombor kad pengenalan, jarak, nombor angka giliran dan hantar ke 15888,” katanya.

Megaherbs taja Utusan Malaysia kepada 10 sekolah terpilih – Utusan


Megaherbs taja Utusan Malaysia kepada 10 sekolah terpilih

ZUBIR Yahya (empat kiri) menyampaikan replika cek tajaan Utusan Malaysia bernilai RM10,800 kepada Tengku Izaham Tengku Adnan (tiga dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 14 Mac – Syarikat pengeluar produk Stevia milik bumiputera, Megaherbs Bioextreme Sdn. Bhd. (Megaherbs) menaja akhbar Utusan Malaysia bagi disumbangkan kepada 10 buah sekolah terpilih di sekitar Setapak dan Wangsa Maju.

Presidennya, Datuk Dr. Zubir Yahya berkata, tajaan bernilai RM10,800 itu bagi menyediakan bahan bacaan yang bermanfaat kepada para guru serta pelajar sekolah yang terlibat.

“Melalui akhbar ini, pelajar memperoleh banyak pengetahuan terutamanya siri soalan percubaan peperiksaan yang dimuatkan dalam sisipan Akhbar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (ADaP),” katanya.

Kencing di tuala, tidak sidai punca pelajar dibuli – Utusan


Kencing di tuala, tidak sidai punca pelajar dibuli

SEREMBAN 14 Mac – Kencing pada tuala dan tidak menyidai tuala dengan baik dikatakan menjadi punca pelajar, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, dibuli dengan teruk sehingga cedera dan lebam-lebam di seluruh anggota badannya pada 2 Mac lalu.

Mangsa dikatakan telah dipukul oleh sembilan penghuni rumah anak yatim di Taman England yang bersekolah di Sekolah Menengah Dato’ Mohd. Redza di Sikamat dekat sini.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, Abdullah Hanapi berkata, maklumat itu diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Negeri yang memaklumkan kepada pihaknya yang turut melakukan siasatan ke atas rumah anak yatim tersebut.

“Kanak-kanak itu dipukul oleh sembilan pelajar senior atas sebab dia kencing pada tuala dan tidak menyidai tuala dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT – Utusan


Atasi guru kurang di SJKC, SJKT

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Pelajaran tidak menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah kebangsaan kecuali untuk subjek tertentu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi permasalahan di SJKC, punca utama berlakunya kekurangan adalah faktor bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin.

Menurut beliau, bagi menangani isu itu, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah seperti menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di SJKC.

‘‘Sehingga kini sebanyak dua mesyuarat telah diadakan untuk mendapatkan satu penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat. Kita juga mencadangkan supaya guru opsyen Pengajian Cina di SJKC yang telah lama mengajar mata pelajaran lain lebih daripada lima tahun, contohnya Matematik dan Sains, diberikan latihan tambah opsyen melalui Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).