Polis siasat kaitan mangsa culik dengan lima remaja Myanmar – Bernama


Polis siasat kaitan mangsa culik dengan lima remaja Myanmar

20/03/2012 9:58pm

 

SHAH ALAM 20 Mac — Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes culik seorang remaja perempuan yang berjaya dibebaskan oleh polis Thailand semalam termasuk mengenal pasti kaitan mangsa dengan lima remaja Myanmar yang turut diculik bersamanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang selamat tiba di tanah air semalam masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Polis akan menyiasat secara lengkap termasuk bila mangsa dibawa ke Thailand dan kaitan dengan lima remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di negara ini yang turut dijumpai bersama mangsa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, polis akan meminta kerjasama polis Thailand supaya menghantar pulang kesemua remaja Myanmar yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan terbabit memadangkan keluarga mereka menetap di negara ini dan juga pemegang status UNHCR.

Zahedi berkata, mangsa berusia 14 tahun, dilaporkan hilang pada 30 Januari lepas selepas ibunya Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.

Katanya, Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Januari selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas dan memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini dan berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah.

Ditanya kemungkinan mangsa terbabit dengan sindiket kutipan derma, Zahedi berkata pihaknya tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perkara itu. — BERNAMA

Surat Siaran- Kebenaran Membelanjakan Lebihan Baki Bantuan Geran Per Kapita(PCG) dan Bantuan Makanan Asrama(BMA) Tahun 2011


Kategori Surat Siaran
Subjek

Surat Siaran- Kebenaran Membelanjakan Lebihan Baki Bantuan Geran Per Kapita(PCG) dan Bantuan Makanan Asrama(BMA) Tahun 2011

Bil. 1
Tahun 2012
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Download
Tarikh 16/03/2012

Perbuatan onar warga Bangladesh terbongkar – Metro


Perbuatan onar warga Bangladesh terbongkar

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh yang menyewa sebuah bilik dalam sebuah rumah yang turut disewa seorang janda dan anak lelakinya berusia tujuh tahun sanggup membuat onar dengan mengajak anak mangsa menonton video lucah sebelum melakukan seks oral.

Dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan Brunei, di sini, kanak-kanak berkenaan diperlakukan sedemikian sejak beberapa bulan lalu sama ada ditinggalkan bersendirian di rumah ketika mangsa keluar bekerja mahupun ketika wanita itu berada di rumah.
Menceritakan kembali kejadian itu, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mariam, 33, berkata dia menyewa rumah berkenaan sejak awal tahun lalu, manakala dua lelaki warga Bangladesh berkenaan menyewa sebuah bilik lain sejak hujung tahun lalu.

 

Menurutnya, dua lelaki itu sering mengajak anak lelakinya makan bersama dan kadang-kala akan mengajaknya lepak bersama mereka di dalam bilik.
“Saya tidak pernah sangsi dengan kelakuan mereka sehingga kelmarin apabila seorang daripada mereka dengan tiba-tiba mengajak anak saya masuk ke dalam biliknya.
“Akibat risau dengan keselamatan anak, saya bertindak membuka pintu bilik lelaki itu dan terkejut melihat anak sedang menonton video lucah pada telefon bimbit bersama lelaki berkenaan dan berang dengan tindakan itu, saya memarahinya sebelum menarik anak saya masuk ke dalam bilik kami,” katanya.

 

 

Beliau berkata, lelaki itu pula terus tidur dan berkelakuan seperti tidak melakukan apa-apa dan selepas disoal, anaknya mengaku sering diajak menonton video lucah bersama.
“Tidak cukup dengan itu, selepas terangsang menonton video lucah, lelaki itu akan memaksa anak saya untuk melakukan seks oral.

 

“Apabila saya menyoal tindakannya itu, lelaki terbabit mengugut saya kembali dengan menyatakan mempunyai ramai kenalan yang bertugas sebagai polis malah tidak takut jika membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.
Akibat risau dengan keselamatan mereka berdua, ibu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Cedera diserang Rottweiler – Metro


Cedera diserang Rottweiler

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CEDERA...ibu mangsa, Radziah Mohd Adas menunjukkan kesan gigitan Rottweiler (gambar kecil) di belakang  Dhiya.
CEDERA…ibu mangsa, Radziah Mohd Adas menunjukkan kesan gigitan Rottweiler (gambar kecil) di belakang Dhiya.

BUKIT MERTAJAM: “Sambil menahan sakit, saya tidak tahu bagaimana hendak melawan anjing itu,” kata Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal, 7, yang cedera diserang anjing jantan ketika menunggang basikal berhampiran rumahnya di Bandar Perda, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa menunggang basikal untuk ke rumah rakannya tanpa menyedari seekor anjing hampir dua kali ganda saiz badannya memerhatikannya.

Anjing berkenaan yang dipercayai Rottweiler tiba-tiba menerkam dan menggigit belakang mangsa menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda itu menjerit kesakitan.

“Saya berasa sakit sangat di belakang namun tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menjerit kerana anjing itu sangat besar,” katanya ketika ditemui di Hospital KPJ, di sini, semalam.

 
Kebetulan jeritan mangsa didengari bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, yang sedang membaiki kereta sebelum bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

‘Lelaki tarik kakak’ – Metro


‘Lelaki tarik kakak’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah dan Azlina Zulkifli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.
SEDIH…Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.

KUANTAN: ‘Baby…tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.

Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

 
“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Remaja perempuan disyaki diculik dikatakan selamat – Bernama


Remaja perempuan disyaki diculik dikatakan selamat

20/03/2012 6:08pm

 

KUANTAN 20 Mac — Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.

Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.

“Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nor Mala berkata, lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

“Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

“Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,” katanya.

Ketua Polis Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. — BERNAMA

Penganggur hadapi tiga pertuduhan termasuk rogol pelajar – Bernama


Penganggur hadapi tiga pertuduhan termasuk rogol pelajar

20 Mac 2012

GEORGE TOWN – Seorang penganggur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini atas tiga pertuduhan termasuk merogol seorang pelajar berusia 15 tahun, awal bulan ini.

M. Retnam, 32, dari Taman Mewah Jaya, Klang, Selangor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan merogol remaja tingkatan tiga itu dalam pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan hutan berhampuran Maktab Sains Rendah Mara (MRSM), Pondok Upeh, Balik Pulau, antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, pada 1 Mac lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan keputusan DNA. Semua pertuduhan di Mahkamah Seysen dan Majistret dibacakan dalam bahasa Tamil.

Hakim juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail untuk mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin kerana ia membabitkan kesalahan yang serius dan merosakkan masa depan mangsa yang masih muda.

Di Mahkamah Majistret, Retnam mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu menyamar sebagai anggota polis dan memiliki senjata berbahaya iaitu pisau.

Dalam pertuduhan pertama, Retnam dituduh menyamar sebagai anggota polis dengan menunjukkan sekeping kad dan meminta pasport milik seorang warga Indonesia di dalam lif Pangsapuri Mutiara, Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi, antara jam 10.30 dan 10.40 malam, pada 1 Mac lalu.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Retnam dituduh memiliki senjata berbahaya iaitu pisau berukuran 27 sentimeter termasuk pemegang tanpa kebenaran yang sah di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nor Aini Yusof menetapkan 17 April ini sebagai tarikh sebutan dan penyerahan dokumen kepada pendakwa manakala tertuduh boleh dijamin dengan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. – Bernama

Bantu sekolah, rumah ibadat dapat potongan cukai – Bernama


Bantu sekolah, rumah ibadat dapat potongan cukai

20/03/2012 3:19pm

 

KUALA LUMPUR 20 Mac — Kerajaan bersetuju untuk memberikan potongan cukai kepada syarikat dan orang perseorangan yang memberikan sumbangan tunai kepada institusi pendidikan rendah dan menengah termasuk sekolah, yang tidak berorientasikan keuntungan serta tempat ibadat yang berdaftar.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai berkata, potongan cukai yang diberikan kepada individu adalah sebanyak 7.0 peratus, manakala bagi syarikat, potongan cukai yang akan diberi adalah sebanyak 10 peratus.

Bagi melaksanakan keputusan itu pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 sedang dilaksanakan, katanya.

“Sementara menunggu pindaan perundangan dikuatkuasakan, mereka yang ingin mendapatkan potongan cukai kini bolehlah mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Siang Chai, pelaksanaan pemotongan cukai itu dijangka hanya dilakukan pada tahun depan.

Bagi melayakkan individu atau syarikat mendapatkan potongan cukai itu, katanya kesemua sumbangan hendaklah dalam bentuk tunai dan setiap permohonan mestilah disertakan dengan dokumen lengkap termasuk resit yang disahkan oleh sekolah atau rumah ibadat terbabit.

Potongan cukai bagi sumbangan tunai kepada sekolah dan tempat ibadat di bawah seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2012. — BERNAMA

PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN KOKURIKULUM


PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN KOKURIKULUM

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM telah melantik seramai 348 orang guru sebagai Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan.  YBhg Tuan Haji Sufa’at Tumiran, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (SOP) telah menyampaikan watikah-watikah tersebut di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada 13 Mac 2012. BKK memaklumkan bahawa penyampaian watikah ini adalah kepada pegawai-pegawai teknik dari negeri-negeri di Semananjung sahaja.  Majlis secara berasingan akan diadakan bagi negeri-negeri di Sarawak, Labuan dan Sabah.  Tarikh dan tempat majlis diadakan  akan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran negeri berkenaan.

Pegawai-pegawai Teknikal ini dilantik bagi membantu melaksanakan kegiatan-kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh KPM.  Pegawai-pegawai meja program/aktiviti di BKK telah mencalonkan guru-guru yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang luas dalam bidang-bidang berkaitan untuk tujuan ini. Bidang lantikan ialah:

  1. BAHASA MELAYU (MENENGAH)
  2. BAHASA MELAYU (RENDAH)
  3. BAHASA INGGERIS (MENENGAH)
  4. BAHASA INGGERIS (RENDAH)
  5. ROBOTIK
  6. Fl IN SCHOOL
  7. SAINS
  8. SAINS SOSIAL
  9. KADET REMAJA SEKOLAH
  10. TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
  11. PASUKAN KOR KADET POLIS
  12. PASUKAN KADET PERTAHANAN AWAM
  13. PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT)
  14. PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (LAUT)
  15. PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (UDARA)
  16. PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
  17. PASUKAN KADET KOREKSIONAL
  18. PENGAKAP
  19. BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
  20. PERGERAKAN PUTERI ISLAM
  21. PERSATUAN ST JOHN AMBULANS
  22. PERSATUAN PANDU PUTERI
  23. SENI BELA DIRI
  24. PANCARAGAM
  25. KAWAD
  26. PENDIDIKAN LUAR
  27. KOPERASI SEKOLAH
  28. PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN
  29. KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Sekian terima kasih.

Pelajar terlibat curi motosikal – Sinar Harian


Pelajar terlibat curi motosikal

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mac 2012
Pelajar terlibat curi motosikal

KUALA PILAH – Hasrat empat pelajar lelaki untuk menjual komponen motosikal yang dicurinya tidak kesampaian apabila satu serbuan dilakukan anggota polis di salah sebuah rumah kosong di Perpaduan Height, di sini, baru-baru ini.

Serbuan yang dilakukan empat anggota polis cawangan Kuala Pilah kira-kira jam 10.30 pagi, Jumaat lalu, berjaya menjumpai dua motosikal yang mana salah satu daripadanya merupakan milik salah seorang bapa suspek sendiri.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, ketika serbuan, polis menemui salah seorang suspek yang sedang leka membuka komponen motosikal yang dipercayai dicuri dari sekitar Taman Bukit Intan, Taman Bahagia Delima dan kawasan berhampiran.

“Dengan tertangkapnya seorang suspek itu, kita berjaya menangkap tiga suspek lain yang masih bersekolah, berusia antara 14 hingga 16 tahun. Dipercayai, kegiatan itu dilakukan bermula seminggu lalu dan kita dapati, salah seorang suspek menukar ganti komponen motosikal yang dicuri kepada motosikal milik bapanya,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek menggunakan modus operandi dengan mencuri motosikal ketika pemiliknya sedang nyenyak tidur iaitu seawal jam 2 pagi.

“Walaupun motosikal itu berkunci, keempat-empat suspek mengangkat motosikal berkenaan dan membawanya ke Perpaduan Height untuk dileraikan,” katanya.

Sementara itu, Jaafar turut menggesa ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan tidak seratus peratus mempercayai setiap tindakan yang mereka lakukan.

“Ini kerana salah seorang suspek, bapanya tinggal di Johor manakala ibunya menunaikan umrah. Suspek tinggal di sini bersama neneknya, manakala tiga suspek masing-masing tinggal bersama ibu dan bapanya. Jangan biarkan anak-anak melakukan sesuatu yang menjurus kepada jenayah, sekiranya kita dapati mereka melakukan perkara yang meragukan termasuklah tiba-tiba memiliki motosikal, maklumkan kepada kami dan kami sedia membantu untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Jaafar memberitahu, keempat-empat suspek ditahan reman selama tiga hari bermula pada hari tangkapan dibuat namun disambung reman sehingga selesai siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.