PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN KOKURIKULUM
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM telah melantik seramai 348 orang guru sebagai Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan. YBhg Tuan Haji Sufa’at Tumiran, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (SOP) telah menyampaikan watikah-watikah tersebut di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada 13 Mac 2012. BKK memaklumkan bahawa penyampaian watikah ini adalah kepada pegawai-pegawai teknik dari negeri-negeri di Semananjung sahaja. Majlis secara berasingan akan diadakan bagi negeri-negeri di Sarawak, Labuan dan Sabah. Tarikh dan tempat majlis diadakan akan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran negeri berkenaan.
Pegawai-pegawai Teknikal ini dilantik bagi membantu melaksanakan kegiatan-kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh KPM. Pegawai-pegawai meja program/aktiviti di BKK telah mencalonkan guru-guru yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang luas dalam bidang-bidang berkaitan untuk tujuan ini. Bidang lantikan ialah:
- BAHASA MELAYU (MENENGAH)
- BAHASA MELAYU (RENDAH)
- BAHASA INGGERIS (MENENGAH)
- BAHASA INGGERIS (RENDAH)
- ROBOTIK
- Fl IN SCHOOL
- SAINS
- SAINS SOSIAL
- KADET REMAJA SEKOLAH
- TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
- PASUKAN KOR KADET POLIS
- PASUKAN KADET PERTAHANAN AWAM
- PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (DARAT)
- PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (LAUT)
- PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA (UDARA)
- PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
- PASUKAN KADET KOREKSIONAL
- PENGAKAP
- BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
- PERGERAKAN PUTERI ISLAM
- PERSATUAN ST JOHN AMBULANS
- PERSATUAN PANDU PUTERI
- SENI BELA DIRI
- PANCARAGAM
- KAWAD
- PENDIDIKAN LUAR
- KOPERASI SEKOLAH
- PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN
- KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Sekian terima kasih.