Cadangan subjek pilihan raya diperkenalkan di sekolah perlu kajian – Bernama


Cadangan subjek pilihan raya diperkenalkan di sekolah perlu kajian

2012/03/23

SEREMBAN: Kementerian Pelajaran menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia memerlukan satu kajian lebih menyeluruh oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian itu.

“Ini kerana ia melibatkan guru, jadual dan kita kena lihat kita nak mula mengajar itu di peringkat mana, rendah atau menengah. Mungkin kita boleh fikirkan dibuat secara merentas kurikulum iaitu ia menumpang subjek-subjek sedia ada, sama ada subjek sejarah, kajian tempatan dan sebagainya.

“Mungkin kita boleh masukkan elemen itu di situ tapi pada saya, ia perlukan satu kajian yang menyeluruh supaya apabila dilaksanakan nanti ia benar-benar berkesan dan saya rasa mungkin tujuannya lebih kepada untuk menimbulkan kefahaman dan kesedaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Wawasan, Seremban 2. Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Datuk Abdul Halim Abdul Razak. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s