Cadangan subjek pilihan raya diperkenalkan di sekolah perlu kajian – Bernama


Cadangan subjek pilihan raya diperkenalkan di sekolah perlu kajian

2012/03/23

SEREMBAN: Kementerian Pelajaran menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia memerlukan satu kajian lebih menyeluruh oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian itu.

“Ini kerana ia melibatkan guru, jadual dan kita kena lihat kita nak mula mengajar itu di peringkat mana, rendah atau menengah. Mungkin kita boleh fikirkan dibuat secara merentas kurikulum iaitu ia menumpang subjek-subjek sedia ada, sama ada subjek sejarah, kajian tempatan dan sebagainya.

“Mungkin kita boleh masukkan elemen itu di situ tapi pada saya, ia perlukan satu kajian yang menyeluruh supaya apabila dilaksanakan nanti ia benar-benar berkesan dan saya rasa mungkin tujuannya lebih kepada untuk menimbulkan kefahaman dan kesedaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Wawasan, Seremban 2. Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Datuk Abdul Halim Abdul Razak. – BERNAMA

Nornabila ditemui di Kuantan – Utusan


Nornabila ditemui di Kuantan

 

Oleh M.RIZAL NOR
pengarang@utusan.com.my

 

JERANTUT 22 Mac – Kebimbangan sepasang suami isteri ke atas nasib anak bongsu mereka yang tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu berakhir apabila remaja itu ditemui selamat bersama teman lelakinya berusia 26 tahun di Kuantan, awal pagi ini.

Ibu remaja tersebut, Norazlina Osman, 47, berkata, Nornabila Mat Daud, 15, yang mesra dipanggi ‘kakak’ itu ditemui selepas memaklumkan lokasi di mana dia berada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Kami bergegas ke Kuantan kira-kira pukul 1 pagi untuk mengambilnya. Saya bersyukur kerana dia selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ibu kepada empat anak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Nornabila sambil meminta pihak media tidak mengganggu mereka.

“Kami bersyukur kerana dia sudah pulang, dia kini sedang berehat. Saya tidak mahu memarahinya dan sedia berbincang untuk selesaikan masalah.

Siti Nur Fatihah pulang selepas diberi kaunseling – Utusan


Siti Nur Fatihah pulang selepas diberi kaunseling

KUANTAN 22 Mac – Gadis yang didapati lari dari rumah, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya bersetuju untuk pulang ke pangkuan keluarganya setelah menjalani sesi kaunseling bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah JKM Pahang, Datuk Shamsiah Husin berkata, Siti Nur Fatihah sebelum ini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini kerana enggan pulang ke rumah.

“Selepas dipujuk pegawai JKM , dia akhirnya mahu pulang ke rumah keluarganya di Taman Tas kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Pada mulanya Siti Nur Fatihah tidak mahu tinggal di pusat jagaan itu dan pada masa sama, tidak mahu pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Shamsiah, buat masa ini, pihaknya sendiri tidak pasti sama ada gadis itu masih berada di rumahnya ataupun rumah neneknya.

Saya tidak akan restui mereka – Nor Mala – Utusan


Saya tidak akan restui mereka – Nor Mala

KUANTAN 22 Mac – Ibu kepada Siti Nur Fatihah Mahadi menegaskan bahawa dia tidak akan merestui hubungan antara anaknya dan lelaki yang menyebabkan pelajar tingkatan tiga itu melarikan diri daripada rumah, baru-baru ini.

Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, walaupun telah memaafkan Siti Nur Fatihah, 15, dia tidak akan merestui mereka kerana jika lelaki itu ikhlas, dia tidak akan melarikan anaknya itu.

“Kalau lelaki itu benar-benar ikhlas mahu berkawan, dia sepatutnya tidak menyembunyikan Siti Nur Fatihah tetapi menghantar pulang anak saya.

“Malah, dia yang juga anggota polis sepatutnya boleh berfikir yang mana betul dan salah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dikatakan diculik oleh tiga individu termasuk seorang wanita ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.

Lima dari 10 remaja cenderung lari dari rumah – Utusan


Lima dari 10 remaja cenderung lari dari rumah

KUALA LUMPUR 22 Mac – Kira-kira lima daripada 10 remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang bermasalah cenderung untuk lari dari rumah.

Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, rekod berkenaan hasil kajian sesi kaunseling dan seminar keibubapaan yang dilakukannya.

Katanya, golongan itu mendakwa dengan melarikan diri dari rumah dapat menyelesaikan masalah dan meredakan tekanan dihadapi.

‘‘Malangnya mereka tidak sedar bahawa ia tindakan terburu-buru yang mengundang kepada masalah sosial lebih berat dan terjerumus dengan pelbagai permasalahan lain jika tidak dibendung.

‘‘Biasanya mereka lebih nekad untuk melarikan diri apabila ada dorongan atau bantuan orang luar untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang hari ini.

Hushim yang berada di negeri utara itu atas jemputan mengendalikan seminar keibubapaan berkata, orang luar yang selalunya menggunakan alasan ingin membantu remaja berkenaan keluar daripada masalah, tidak sepatutnya mencadangkan mereka melarikan diri atau membelakangkan ibu bapa.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut

Keterangan lanjut lawat di http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/iklan-permohonan.cfm

1 KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
2 STRUKTUR PROGRAM
2.1 Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/Tiga Semester)
2.2 Program Ijazah (Empat Tahun/Lapan Semester)
3 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
3.1 Warganegara Malaysia.
3.2 Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.
3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapatcemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.
DAN
sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut:
3.5.1    Bahasa Melayu
3.5.2    Sejarah
3.5.3    Satu mata pelajaran yang lain
serta;
3.5.4    lulus Bahasa Inggeris
3.6 Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
4 PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama lapan belas bulan/tiga semester di institusi berkenaan.
4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun/lapan semester di Institut Pendidikan Guru  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5 BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
2.1.1 Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
2.1.7 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah
2.1.2 Bahasa Tamil
Pendidikan Rendah
2.1.8 Pendidikan Islam
Pendidikan Rendah
2.1.3 Bahasa Cina
Pendidikan Rendah
2.1.9 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2.1.4 Bahasa Arab
Pendidikan Rendah
2.1.10 Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
2.1.5 Bahasa Kadazandusun
Pendidikan Rendah
2.1.11 Pengajian Sejarah
Pendidikan Rendah
2.1.6 Bahasa Iban
Pendidikan Rendah
2.1.12 Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah
5.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
2.1.1 Bahasa Melayu
Pendidikan Rendah
2.1.7 Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
2.1.2 Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
2.1.8 Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
2.1.3 Matematik
Pendidikan Rendah
2.1.9 Bimbingan dan Kaunseling
2.1.4 Sains
Pendidikan Rendah
2.1.10 Pengajian Sejarah
Pendidikan Rendah
2.1.5 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah
2.1.11 Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Rendah
2.1.6 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2.1.12 Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah
5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
2.1.1 Bahasa Melayu
Pendidikan Rendah
2.1.7 Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
2.1.2 Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
2.1.8 Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
2.1.3 Matematik
Pendidikan Rendah
2.1.9 Bimbingan dan Kaunseling
2.1.4 Sains
Pendidikan Rendah
2.1.10 Pengajian Sejarah
Pendidikan Rendah
2.1.5 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah
2.1.11 Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Rendah
2.1.6 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2.1.12 Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah
6. CARA MEMOHON
6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2012.
6.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahajadan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.