PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2012 – KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2012 – KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup

Download: Service Circular No. 3/2012

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

 

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di

Bawah Sistem Saraan Malaysia

Download: Service Circular No. 1/2012

Pengiraan Pemindahan Gaji Mengikut PP. Bil. 1/2012

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)


SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

29 Mac 2012- Mesyuarat Penyelarasan SAPS Bersama JPN Bil 1/2012 bertarikh 29/3/12 telah mengambil keputusan berikut : Memandangkan pihak APDM belum dapat memulihkan link dengan SAPS, dan berjanji akan memulihkannya hanya pada 1/4/12, maka tarikh memasukkan markah bagi sekolah men dan rendah dilanjutkan kepada 
9/4/2012. Harap maklum

Pekerja restoran dipenjara, sebat kerana rogol bekas kekasih – Bernama


Pekerja restoran dipenjara, sebat kerana rogol bekas kekasih

2012/03/30

PETALING JAYA: Seorang pekerja restoran hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merogol bekas kekasihnya, tiga tahun lalu.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasah terhadap Shahrizad Abu Hasan, 24, di akhir kes pembelaan.

Balqis dalam penghakimannya berkata walaupun tertuduh melakukan perbuatan seksual itu bersama mangsa secara sukarela namun perbuatan itu dianggap sebagai merogol kerana melibatkan mangsa bawah umur.

Shahrizad didakwa merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berusia 15 tahun di rumahnya (Shahrizad) di Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Lembah Subang, Petaling Jaya, dekat sini, 27 Jun 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu peguam Faizul Mohd Nasir memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dan Shahrizad hanya berpendapatan RM20 sehari.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. – BERNAMA

Pembaiki pendingin hawa didakwa curi kereta, larikan kanak-kanak – Bernama


Pembaiki pendingin hawa didakwa curi kereta, larikan kanak-kanak

2012/03/30

MELAKA: Seorang pembaiki pendingin hawa didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri kereta dan melarikan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang berada dalam kenderaan itu, Khamis lalu.

Chen Yoon Kwee, 32, dari Kuala Lumpur didakwa mencuri Proton Gen 2 milik Mohammad Hasfi Abu Samah di hadapan bangunan Takaful Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya kira-kira 2.15 petang, 22 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melarikan Nor Abdullah Afiq Abdullah, 8, di tempat dan waktu yang sama mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Chen bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian membenarkan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat. – BERNAMA

10 sekolah ditutup di Klang berikutan banjir kilat – Bernama


10 sekolah ditutup di Klang berikutan banjir kilat

30 Mac 2012

KLANG – Sepuluh sekolah ditutup hari ini selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan di Klang, kata Pengarah Pelajaran Selangor Abdullah Mat Yunus.

Beliau berkata sekolah berkenaan membatalkan sesi pagi persekolahan manakala beberapa sekolah lain terpaksa ditutup sepanjang hari ini.

“Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah adalah salah sebuah sekolah yang perlu ditutup sepanjang hari kerana kedudukan air separas lutut,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini.

Ditanya adakah sekolah berkenaan akan mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan Kementerian Pelajaran.

Antara sekolah yang terjejas ialah SMK La Salle, SRK Simpang Lima, Sekolah Teknik Batu Ujong dan Sekolah Tinggi Hin Hua.

Sementara itu, banjir di Kampung Raja Tun Uda, Kampung Delek dan Sungai Udang sudah beransur reda.

Sidang media berhubung banjir berkenaan akan diadakan di Pejabat Daerah Klang pukul 3 petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.- Bernama