Sukarnya anak-anak Kampung Podi ke sekolah – Utusan


Sukarnya anak-anak Kampung Podi ke sekolah

KOTA BELUD 2 April – Tidak ramai mengetahui mengenai kesukaran murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lasau Podi menuntut ilmu demi masa hadapan yang cerah, terutamanya mereka yang berasal dari Kampung Podi.

Murid-murid tersebut terpaksa keluar dari rumah untuk ke sekolah seawal pukul 5 pagi dan selepas waktu persekolahan pada tengah hari, mereka hanya sampai kembali ke rumah sekitar pukul 5 petang.

Imam Kariah Surau Kampung Podi, Mohd. Azmi Gendayot, 48, berkata, keadaan murid-murid dari tahun satu hingga tiga lebih menyedihkan berbanding ‘abang-abang’ mereka.

Katanya, mereka terpaksa menggalas beg berisi buku-buku yang agak berat, kanak-kanak sekecil itu terpaksa naik turun bukit semata-mata untuk ke sekolah yang letaknya kira-kira lapan kilometer dari kampung itu.

“Ketika mereka pulang dari sekolah pada waktu tengah hari, mereka terpaksa berhenti rehat beberapa kali kerana keletihan dan panas, ada ketikanya mereka tergoda untuk bermain di sungai,” katanya di sini hari ini.

NKRA pertingkat pencapaian pelajar ke tahap membanggakan – Utusan


NKRA pertingkat pencapaian pelajar ke tahap membanggakan

KUALA LUMPUR 2 April – Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2011 menyaksikan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan merangkumi kawasan bandar serta luar bandar.

Berdasarkan laporan tersebut, antara pencapaian terbesar tahun lalu adalah kejayaan mencatatkan pendaftaran prasekolah sebanyak 77.23 peratus kanak-kanak di negara ini iaitu sebanyak 732,902 kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.

Kejayaan ini dihasilkan menerusi pembukaan sebanyak 3,089 kelas prasekolah di seluruh negara iaitu dua kali ganda daripada kelas yang dibuka pada tahun 2010.

Di peringkat sekolah rendah, inisiatif NKRA turut menyaksikan program Literasi dan Numerasi (LINUS) kepada kanak-kanak darjah 2 mencapai kadar literasi 97.5 peratus dan kadar numerasi 98.6 peratus manakala kanak-kanak darjah 1 bagi Kohort 2 mencatatkan kadar literasi 91 peratus dan kadar numerasi 95.4 peratus.

Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012


Pengemaskinian Maklumat bagi Permohonan Biasiswa Persekutuan bagi tahun 2012

Bagi permohonan baru Biasiswa Persekutuan tahun 2012, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini maklumat Bapa/Penjaga Utama dan maklumat Ibu/Penjaga Kedua di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian(URL: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia) selewat-lewatnya  15 April 2012 supaya murid-murid yang layak memohon biasiswa tidak tercicir.

Segala kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.