Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online


Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online

Sukacita dimaklumkan Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online telah dikuatkuasakan penggunaannya secara menyeluruh oleh Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, BPSH.

Sebarang masalah seperti lupa katalaluan dan pendaftaran sekolah baru,  sila hubungi JPN yang menyelia SSDM di negeri masing-masing. Pautan Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) Online di sini .

Keterangan lanjut lawat laman web http://apps.moe.gov.my/SSDM/

Padah memandu tanpa lampu – Sinar Harian


Padah memandu tanpa lampu

NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
4 April 2012

KUANTAN – Perbuatan seorang pemandu memandu kereta tanpa lampu belakang membawa padah apabila kenderaan itu dirempuh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang dalam satu kejadian di Kilometer 126, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Temerloh awal pagi kelmarin.

Akibat kejadian, salah seorang penumpang kereta jenis Proton Iswara yang dirempuh Nurul Asyiqin Zulkifli, 11, dari Klang, Selangor mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta dan seorang lagi penumpang berusia lapan tahun mengalami kecederaan, bagaimanapun pemandu kereta Mercedes difahamkan terselamat dalam nahas kira-kira jam 4.15 pagi itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki tiga sekeluarga dan kereta Mercedes itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Menurutnya ketika sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta Mercedes dipercayai tidak nampak ada sebuah kereta dihadapannya kerana kenderaan tersebut bergerak tanpa lampu belakang.

“Kehadiran kenderaan di hadapannya hanya disedari pemandu kenderaan mewah itu selepas hanya beberapa meter menyebabkan dia gagal mengelak dan berlaku rempuhan.

“Ekoran rempuhan tersebut, kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohamed Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital sama.

“Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan nahas itu disebabkan kegagalan salah seorang pemandu mengesan kenderaan di hadapan kerana tiada lampu belakang,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

On9Tuition.com, cara mudah kuasai matematik – Sinar Harian


On9Tuition.com, cara mudah kuasai matematik

CONNIE S MONICAL
4 April 2012
tuition

Di atas kesedaran mengenai masalah pembelajaran matematik yang agak lemah di kalangan pelajar sekolah menengah, sebuah syarikat Bumiputera yang memegang status syarikat Multimedia Super koridor (MSC) dan Teknologi komunikasi dan Informasi (ICT), Aspati Sdn Bhd, menghasilkan sistem pembelajaran mudah bagi menguasai matematik.

Aspati Sdn Bhd menjalankan perniagaan dalam bidang multimedia sejak 14 tahun lalu dengan menghasilkan video korporat untuk syarikat tempatan.

Selain itu, Aspati Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan tuisyen secara maya dengan konsep baru dan menjimatkan kos menerusi laman sesawang On9Tuition.com yang dilancarkan Februari lalu.

Syarikat itu diterajui Pengarah Urusan, Hissamuddin Mohd Amin yang pernah menerima Anugerah Usahawan ICT 2003 dari Persatuan Usahawan. Aspati Sdn Bhd yang sebelum ini beroperasi di Putra Height kini telah berpindah ke Kompleks 3C, Taman Bandar Sunway, tahun lalu.

‘Bawa guru balik ke rumah’

Pengarah Pemasarannya, Hasbullah@Zulkifli Shaari berkata, tujuan utama On9Tuition.com ditubuhkan bagi membantu pelajar yang lemah dan kurang berminat dalam mata pelajaran matematik untuk mendapatkan markah cemerlang.

“Teknik belajar matematik cara kacang (BMCK) menerapkan konsep ‘bawa guru balik ke rumah’ menggunakan teknik mudah difahami berbanding cara pembelajaran lain.

“Walaupun menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran, namun penerangan tenaga pengajar dilakukan dalam bahasa Malaysia bagi memudahkan pelajar lebih memahami,” katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya, di Petaling Jaya.

Hasbullah berkata, syarikat menggunakan khidmat tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam subjek matematik yang khusus mengajar tingkatan empat dan lima serta memegang Sarjana Muda Sains Pendidikan (Matematik) dari Universiti Malaya (UM).

Katanya, menerusi BMCK, pelajar boleh membuat latihan dan mengulang video sekerap mungkin mengikut kesesuaian pelajar itu sendiri.

BMCK bukan sahaja sesuai digunakan oleh pelajar, tetapi juga guru sekolah dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajari atau berminat dengan matematik.

“BMCK berkesan dan menjimatkan kos perbelanjaan tuisyen ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen berbayar.

“Kesemua silibus dalam BMCK pula mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran,” katanya.

“Pada masa ini, kami hanya fokus pada subjek matematik untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan datang bakal menerbitkan mata pelajaran lain.

“Teknik pembelajaran matematik cara kacang ini didatangkan dalam dua versi iaitu dalam talian dan kit DVD,” katanya, yang merakam video tersebut di studio khas, di pejabatnya.

Menurutnya, Aspati lebih menumpukan kepada On9Tuition.com berbanding kit BMCK kerana kit lebih disasarkan kepada pelajar di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai rangkaian Internet.

Katanya, bagi pembelajaran secara talian, pelajar hanya perlu mendaftarkan diri sebelum diberi kebenaran mengakses penuh kepada video yang ditawarkan di laman sesawang dengan harga serendah RM60 bagi tempoh enam bulan.

Manakala, untuk kit DVD dijual dengan harga RM199 yang mengandungi lima set DVD dalam bentuk PDF, 170 video klip, yang mana setiap satu topik durasi penera­ngan mengambil masa lima minit dan jumlah keseluruhan 30 jam meliputi kesemua silibus tingkatan empat dan lima.

BMCK terbukti berkesan

Menurut Hasbullah, bagi menguji tahap keberkesanan BMCK kepada pelajar, Aspati Sdn Bhd telah menguji produk tersebut kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tualang, Temerloh, Pahang.

“Ujian tersebut terbukti meningkat sehingga 80 peratus penguasaan matematik selepas pelajar menggunakan produk BMCK dalam tempoh enam bulan.

“Rata-rata pelajar mendapat markah lebih baik berbanding ujian yang dilakukan sebelumnya,” katanya yang juga mempunyai lesen pengeluaran, penerbitan dan pencetakan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan dikilangkan di Cheras.

Hasbullah berkata, seiring kecanggihan teknologi, BMCK secara talian juga boleh dipaparkan menerusi ipad dan Android ketika pelajar ingin mengulang kaji pelajaran, sekali gus memudahkan daya akses pelajar.

Perkenal pelajaran baru

Sejak pelancaran bulan lalu, secara purata, Aspati Sdn Bhd telah berjaya menjual 2,000 unit kit BMCK dan On9Tuition.com.

“Pada Mei atau Jun nanti, kami akan mengeluarkan BMCK khas bagi Peperiksaan Menengah rendah (PMR).

“Selain itu, kami dalam perancangan mengeluarkan mata pelajaran lain seperti matematik tambahan dan bahasa Inggeris,” katanya.

Menurutnya, bagi mempelbagaikan produk, Aspati Sdn Bhd berhasrat memperkenalkan lebih banyak lagi produk berasaskan pendidikan pada masa akan datang.

Hasbullah berkata, Aspati Sdn Bhd juga mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat menjadi pengedar produk di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk menghubungi syarikatnya.

Selain BMCK matematik, Aspati Sdn Bhd juga menyediakan beberapa video pembelajaran seperti belajar bahasa Arab, foto dan video, ICT serta tips perniagaan secara talian di On9Tuition.com serendah RM30 bagi tempoh enam bulan dan RM50 bagi 12 bulan.

Kembar lemas jala ikan – Metro


Kembar lemas jala ikan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

NIBONG TEBAL: “Saya cuba tarik tangannya, tetapi tidak berupaya, saya juga tidak berani terjun ke dalam sungai bagi menariknya kerana tidak tahu berenang,” kata Muhd Amirul Rosli, 16, adik kembar kepada Muhd Taufik yang mati lemas selepas tergelincir ketika cuba melepaskan jala yang tersangkut kayu di Sungai Kerian di Kampung Ampang Jajar, kelmarin.

Melihat abangnya dibawa arus, dia terus mendapatkan bantuan sepupu yang tinggal tidak jauh dari sungai dan sepupunya yang bergegas ke sungai, terjun serta menyelam bagi mencari Muhd Taufik tetapi gagal.
“Saya tidak sangka abang yang kelihatan gembira sejak beberapa hari lalu, meninggalkan saya dan keluarga buat selama-lamanya,” katanya yang tinggal bersama abang serta emaknya selepas bapa mereka meninggal dunia akibat penyakit kencing manis, Mei tahun lalu.

 

Dalam kejadian itu, Muhd Amirul dan Muhd Taufik bersama sepupu mereka yang berusia 12 tahun, pergi menjala di sungai berkenaan yang terletak 10 meter dari rumah jam 4.15 petang.
Selepas mendapat beberapa ekor ikan, Muhd Amirul berehat di tebing sungai manakala Muhd Taufik dan sepupunya yang juga berada di tebing, cuba melepaskan jala mereka yang tersangkut pada kayu.
Bagaimanapun, Muhd Taufik dikatakan gagal mengimbangi dirinya lalu tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

 

 

Polis yang menerima laporan pada jam 5 petang, mendapatkan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bagi mengesan mangsa.
Anggota Unit Skuba bomba gagal menemui mangsa selepas menyelam di sekitar kawasan dia dilaporkan terjatuh sebelum operasi menyelamat dihentikan jam 7 malam.

 

Bagaimanapun, operasi mencari mangsa yang bersambung jam 8.14 pagi semalam menemui mayat mangsa tertiarap enam meter di dasar sungai.

Anak disangka sakit diperkosa jiran tua – Metro


Anak disangka sakit diperkosa jiran tua

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Naluri seorang ibu yang menyatakan anak perempuannya yang berusia lapan tahun kelihatan sakit membongkar kejadian anak kecil itu menjadi mangsa nafsu jiran mereka yang berusia 50-an dalam kejadian di Sungai Besi.

Mangsa berusia lapan tahun itu mengalami kecederaan di bahagian sulitnya akibat tindakan kejam jiran itu yang merogol mangsa sejak sebulan lalu ketika ibu mangsa yang berusia 40-an keluar bekerja.
Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari malam kelmarin ketika ibu mangsa yang baru pulang dari kerja melihat mangsa tidur di ruang tamu, namun dari riak muka mangsa ibunya melihat anaknya itu sakit.

 

“Pada mulanya, ibu mangsa tidak berniat mengejutkan anaknya itu dari tidur tetapi naluri keibuannya mendesaknya untuk membuat pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu.
“Selepas memeriksa badan mangsa, ibunya terkejut apabila mendapati alat sulitnya anaknya bengkak. Selepas disoal siasat, anaknya mendedahkan dirogol jiran mereka yang berusia 50-an,” katanya.

Buru kepala samseng – Metro


Buru kepala samseng

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAPAH: Seramai 100 remaja sekolah dan belia berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun kempunan untuk menjadi anggota kumpulan kongsi gelap apabila dua kepala gengster yang cuba merekrut golongan muda itu, melarikan diri selepas polis menyerbu sebuah restoran di Bidor dipercayai lokasi pendaftaran ahli baru.

Dua beradik yang menjadi kepala gengster itu dipercayai yang cuba menarik minat remaja menyertai aktiviti ala kongsi gelap dengan menjadikan restoran berkenaan sebagai markas mendaftar ahli baru.

Mereka dikatakan merancang menganjurkan perjumpaan rahsia dan majlis angkat sumpah, dipercayai mahu menguasai dan mengagihkan kawasan jajahan kumpulan itu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata pihaknya menerima aduan berhubung perjumpaan kumpulan berkenaan yang dipercayai sedang merencanakan strategi bagi mengaktifkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 
Menurutnya, pihak polis yang mendapat maklumat berhubung perjumpaan haram itu bertindak menyerbu restoran berkenaan, malam Jumaat lalu.

Nor Azli diburu bantu kes remaja dakwa diperkosa – Metro


Nor Azli diburu bantu kes remaja dakwa diperkosa

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: Seorang lelaki dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dirogol di sebuah hotel di Senawang di sini, empat tahun lalu.

Lelaki itu dikenali sebagai Nor Azli Zainal Abidin yang bernombor kad pengenalan 801027-05-5387 dan beralamat terakhir di Taman Guru, Sungai Landak, Ampangan, di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, berdasarkan laporan diperoleh, mangsa mendakwa baru mengenali lelaki itu selama lima hari sebelum dirogol di hotel berkenaan pada 21 Jun 2008.

 

“Dalam kejadian jam 9.30 pagi, remaja itu dipercayai berjumpa suspek (Nor Azli) di Sikamat sebelum mengikutnya menaiki motosikal untuk bersiar-siar.
“Sejurus tiba di hotel itu, suspek merogol mangsa. Bapa mangsa yang mengesyaki perkara buruk berlaku kepada anaknya membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis memberkas lelaki berkenaan di sekitar daerah ini.

 

 

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Oktober 2008, gagal dikesan sehingga sekarang,” katanya.
Sehubungan itu, Saiful Azly meminta bantuan orang ramai mengesan suspek untuk didakwa di mahkamah.

 

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999/             06-6033222       atau balai polis berhampiran,” katanya

Tawaran Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Sesi 2012/2013


Tawaran Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) Sesi 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Hadiah Latihan bagi mengikuti Tawaran Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi Sesi 2012/2013.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk iklan di Lampiran.

Sekian, terima kasih.

Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah


Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah

Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Omar Bin Abu Bakar, Mantan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa, 3 April 2012. Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah di No. 55, Jalan Wangsa 2/7, Taman Wangsa Permai, Kuala Lumpur dan dibawa ke Masjid Al-Faezeen, Desa Jaya, Kepong pada jam 10 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan. Bersama-sama kita bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.