Wanita dipenjara 8 tahun dera anak teman lelaki – Bernama


Wanita dipenjara 8 tahun dera anak teman lelaki

2012/04/09

KLANG: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan teman lelakinya, berusia 13 tahun, hingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Shalina Sundiri Abdullah, 42, mendera mangsa dengan menyimbah air panas, memukul menggunakan getah paip dan kayu besar serta memasukkan batang kayu mop dan cili padi ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu.

Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kelima-lima pertuduhan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mei 2011.

Siti Noraida turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas bapa kanak-kanak itu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dengan memukulnya menggunakan kayu.

Shalina didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di sini, antara 25 Disember 2010 sehingga akhir April tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Bapa kanak-kanak malang itu yang berumur 40 tahun dan berasal dari Bentong, Pahang juga didakwa menyebabkan kecederaan fizikal ke atas mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, bapa kanak-kanak itu membawa anaknya tinggal bersama-sama dengan teman wanitanya pada cuti sekolah pada akhir tahun 2010.

Sepanjang berada di sana, Shalina mengarahkan kanak-kanak itu membuat kerja-kerja rumah dan tidak membenarkan mangsa ke sekolah selepas sesi persekolahan tahun berikutnya bermula.

Malah mangsa dipukul setiap hari oleh tertuduh atas alasan kanak-kanak itu tidak melakukan apa yang disuruhnya.

Pada masa sama, budak perempuan itu turut didera oleh bapa kandungnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus.

Akhbar sebelum ini melaporkan penderaan ke atas kanak-kanak itu terbongkar apabila teman wanita bapanya menghantar mangsa ke satu pusat jagaan kanak-kanak di Taman Radzi di sini pada 6 Mei tahun lalu.

Kakitangan pusat itu ternampak kesan kecederaan pada kanak-kanak itu dan kemudian membuat laporan polis.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika melawat kanak-kanak itu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Mei tahun lalu memberitahu pemberita bahawa mangsa perlu diberikan kaunseling secara berterusan berikutan trauma penderaan dahsyat ke atasnya. – BERNAMA

TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA BERSAMA WARGA KPM


TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA BERSAMA WARGA KPM


TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA
Bersama Warga KPM
9 April 2011, UKM, 2.30 Petang

Sila muat turun teks ucapan di sini.

15 pelajar berkhemah dipanah petir – Kosmo


15 pelajar berkhemah dipanah petir

 

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

 

MOHD. ALI melawat pelajar yang dipanah petir dalam kejadian ribut di Bukit Katil, Melaka semalam.

 

MELAKA – Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka.

Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku.

Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat.

NUR tak boleh diaktif segera – Metro


NUR tak boleh diaktif segera

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Sistem amaran Talian NUR 15999 tidak boleh diaktifkan segera sejurus kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan kerana ia mungkin boleh membahayakan nyawa kanak-kanak berkenaan.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, ketika ditemui selepas menghadiri Program Kar1sma 1Azam, semalam.
Beliau mengulas keluhan orang awam bahawa talian berkenaan tidak diaktifkan segera berikutan beberapa siri kes kehilangan kanak-kanak dan remaja baru-baru ini.

 

Heng berkata, sebaik seorang kanak-kanak dilaporkan hilang, polis perlu menyiasat terlebih dulu kesahihannya bagi memastikan kanak-kanak itu diculik.
“Kami bimbang jika sistem ini diaktifkan, kemungkinan ia membahayakan nyawa kanak-kanak itu,” katanya.
Menurutnya, tidak semua kes culik boleh dikaitkan dengan sistem amaran itu kerana pihaknya perlu menentukan keselamatan kanak-kanak itu terlebih dulu dan mengenal pasti umur mereka.

 

 

Beliau berkata, sistem berkenaan kini hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
“Bagaimanapun kementerian tetap mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam mengenai sistem berkenaan untuk membolehkan ia beroperasi dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

 

Menurutnya, sejak diperkenalkan pada Ogos dua tahun lalu, sistem amaran NUR sudah diaktifkan sebanyak lima kali di mana dua daripadanya ditemui.

Pelajar beli burger mati ditikam – Metro


Pelajar beli burger mati ditikam

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Hasrat seorang pelajar tingkatan lima yang mahu menjamah burger baru dibelinya tidak kesampaian apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman di tempat letak kereta di Apartmen Adora, Seksyen 25, di sini, kelmarin.

Mangsa, R Teeneshe, 17, ditemui terbaring oleh orang ramai yang melalui kawasan itu bersama burger baru dibeli mangsa, kira-kira jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa maut selepas ditikam dengan senjata tajam di beberapa bahagian badan.

 

“Mayat mangsa ditemui dengan berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring berhampiran sebuah kereta.
“Polis percaya mangsa dibunuh di tempat kejadian sebelum suspek melarikan diri berdasarkan kesan darah yang ditemui di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal, mendapati mangsa tinggal bersama neneknya di kawasan perumahan berhampiran dan kini masih menuntut di tingkatan lima di sebuah sekolah di Klang.

Hampir buta demi anak – Metro


Hampir buta demi anak

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SANTUBONG: Seorang lelaki hampir buta mata kiri selepas dibelasah tiga lelaki yang juga jirannya ketika cuba mempertahankan anak lelakinya daripada diserang kumpulan terbabit menggunakan parang di Kampung Rampangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Satie Meran, 52, cedera di mata kiri selepas diserang kumpulan lelaki terbabit yang dipercayai tidak puas hati dengan anaknya.

Satie berkata, sebelum kejadian, anak lelaki berusia 17 tahun dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Negeri Sarawak, sebelum didatangi tiga lelaki yang juga jirannya, kira-kira jam 5 petang.

“Sebelum itu, anak lelaki dikejar sehingga ke rumah sebelum dibelasah suspek tanpa diketahui puncanya.

 
“Melihat keadaan itu, saya bergegas cuba memberikan bantuan bagi mengelak mereka membelasah anak saya dan pada masa sama, cuba mententeramkan ketiga-tiga lelaki itu, tetapi mereka tetap berkeras mahu membelasah anak saya.

“Saya tiada pilihan melainkan terpaksa turun menghulurkan bantuan, tetapi saya turut dibelasah sehingga parah di mata kiri,” katanya.

Lapan lagi Kolej Vokasional akan dibina – Bernama


Lapan lagi Kolej Vokasional akan dibina

2012/04/09

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan membina lapan lagi Kolej Vokasional (KV) dalam memastikan bekalan tenaga kerja teknikal di negara ini mencukupi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tiga KV itu akan dibina di Johor iaitu Tanjung Piai, Pagoh dan Pasir Gudang manakala lima lagi setiap satu di Pasir Puteh (Kelantan), Kuala Berang (Terengganu), Pekan (Pahang), Dengkil (Selangor) dan Gurun (Kedah).

“Kementerian sudah melaksanakan transformasi pendidikan vokasional secara menyeluruh iaitu proses reka semula melalui penubuhan KV menggantikan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan memperkenalkan Program Asas Vokasional (PAV).

“Bagi tujuan itu 15 buah SMV dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional manakala 15 lagi sekolah menengah kebangsaan akan melaksanakan PAV secara rintis mulai 2012,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sabuti, Sarwak, Ahmad Lai Bujang.

Beliau berkata, bagi negeri Sarawak terdapat 188 kekosongan di enam buah SMV dan sebuah Sekolah Menengah Teknik (SMT) sehingga 31 Januari lalu.

“Data 31 Januari lalu juga menunjukkan enrolmen murid di SMV, SMT dan KV adalah seramai 3,110 orang. Jumlah itu menunjukkan SMV, SMT dan KV sedia ada mampu menampung keperluan murid di Sarawak,” katanya.

Mohd Puad berkata, kementeriannya akan mempertimbangkan untuk membina sebuah lagi KV di Sarawak bagi memastikan keperluan tenaga kerja dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dapat dipenuhi. – BERNAMA