NUR tak boleh diaktif segera – Metro


NUR tak boleh diaktif segera

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Sistem amaran Talian NUR 15999 tidak boleh diaktifkan segera sejurus kes kehilangan kanak-kanak dilaporkan kerana ia mungkin boleh membahayakan nyawa kanak-kanak berkenaan.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, ketika ditemui selepas menghadiri Program Kar1sma 1Azam, semalam.
Beliau mengulas keluhan orang awam bahawa talian berkenaan tidak diaktifkan segera berikutan beberapa siri kes kehilangan kanak-kanak dan remaja baru-baru ini.

 

Heng berkata, sebaik seorang kanak-kanak dilaporkan hilang, polis perlu menyiasat terlebih dulu kesahihannya bagi memastikan kanak-kanak itu diculik.
“Kami bimbang jika sistem ini diaktifkan, kemungkinan ia membahayakan nyawa kanak-kanak itu,” katanya.
Menurutnya, tidak semua kes culik boleh dikaitkan dengan sistem amaran itu kerana pihaknya perlu menentukan keselamatan kanak-kanak itu terlebih dulu dan mengenal pasti umur mereka.

 

 

Beliau berkata, sistem berkenaan kini hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
“Bagaimanapun kementerian tetap mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam mengenai sistem berkenaan untuk membolehkan ia beroperasi dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

 

Menurutnya, sejak diperkenalkan pada Ogos dua tahun lalu, sistem amaran NUR sudah diaktifkan sebanyak lima kali di mana dua daripadanya ditemui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s