Kesal anak dibuang sekolah – Sinar Harian


Kesal anak dibuang sekolah

WARTAWAN SINAR HARIAN
16 April 2012

SELAYANG – Seorang bapa terkilan dengan tindakan pihak sekolah di sini yang memberhentikan anaknya dari sekolah atas dakwaan mencuri komputer riba milik guru kelasnya tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Bapa, Abdullah Sani Abdullah Ghani berkata, anaknya, Muhammad Bukhairi pelajar tingkatan empat, tidak diberhentikan mengikut prosedur yang betul apabila tiada sebarang surat amaran dikeluarkan terlebih dahulu atau memanggil anaknya untuk disiasat.

Menurutnya, anaknya dimaklumkan dibuang sekolah melalui surat pada 5 April lalu, dua hari selepas anaknya memulangkan kembali komputer riba milik gurunya.

“Anak saya membawa pulang komputer riba berkenaan pada 28 Februari lalu untuk mengelakkan ia hilang memandangkan bilik guru pada ketika itu kosong dan memulangkan kembali kepada guru kelasnya pada 3 Mac lalu iaitu selepas cuti sekolah.

“Guru kelasnya memaklumkan tidak akan mengambil tindakan ke atas anak saya selepas mendengar penjelasan yang diberikan anak saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bendahara di sini, kelmarin.

Beberapa hari selepas insiden itu katanya, anaknya dipanggil oleh pengetua sebelum diberikan surat pembuangan sekolah.

Lebih memburukkan keadaan katanya, anaknya dikenakan hukuman rotan dipunggung pada 10 April lalu dan khidmat anaknya selaku wakil sukan sekolah masih tetap digunakan.

“Saya pertikaikan prosedur hukuman yang dikenakan ke atas Muhammad Bukhairi apabila hukuman rotan dilaksanakan selepas surat pembuangan sekolah berkuat kuasa serta-merta.

“Satu laporan polis dibuat selepas pihak sekolah bersikap kurang ajar sewaktu saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan status sebenar anak saya sama ada masih bersekolah atau telah diberhentikan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s