61 pelajar diserang histeria – Metro


61 pelajar diserang histeria

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUNCA...kerja pembersihan hutan di belakang sekolah terbabit yang didakwa menyebabkan kejadian serangan histeria.
PUNCA…kerja pembersihan hutan di belakang sekolah terbabit yang didakwa menyebabkan kejadian serangan histeria.

KUALA LANGAT: Sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa bercuti sehari, semalam, selepas lebih 60 pelajar sekolah itu mengalami histeria dalam dua kejadian berasingan dalam tempoh seminggu dengan kali terakhir, kelmarin.

Kejadian bermula apabila seorang perempuan diserang histeria pada Selasa lalu diikuti keesokannya 60 pelajar lain termasuk dua pelajar lelaki yang belajar sesi pagi dan petang sekolah berkenaan turut ‘dijangkiti’ histeria.

Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan kecil yang terletak kurang 100 meter di belakang sekolah.

Seorang pekerja sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Ani berkata, tapak hutan terbabit milik persendirian yang dibersihkan seminggu lalu sebelum dijual kepada seorang individu bagi membina kilang dan membangunkan kawasan itu.

 
Katanya, sebelum ini tiada kejadian seperti itu berlaku di sekolah berkenaan sehingga kerja penebangan dan pembersihan pokok dilakukan.

Angkasa cadang guru khas koperasi sekolah – Utusan


Angkasa cadang guru khas koperasi sekolah

KUCHING 19 April – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mencadangkan supaya jawatan Guru Penolong Kanan Koperasi Sekolah diwujudkan dengan tujuan meningkatkan perolehan koperasi.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kertas cadangan mengenai perjawatan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Jun ini.

“Ini merupakan idea baharu memandangkan pada masa ini kebanyakan koperasi sekolah tidak mempunyai pengurus.

“Ia kerana nilai jualan atau perolehan mereka tidak begitu tinggi memandangkan terlalu memberi tumpuan kepada pasaran untuk warga sekolah masing-masing sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Program Koperasi Sekolah 2012 Peringkat Negeri Sarawak dan lawatan ke koperasi Sekolah Menengah Agama Matang di sini hari ini.