Tangan hancur dibaham ungka – Metro


Tangan hancur dibaham ungka

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BENTONG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun nyaris maut apabila tangan kanannya hancur dibaham ungka yang tiba-tiba terjun dari pokok lalu menerkamnya ketika bersiar-siar di sebuah resort di Bukit Tinggi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Afiah Nadia Nor Azlan, cedera parah apabila daging tangan kanannya itu hancur hingga menampakkan tulang.
Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya, Dr Nahariah Jaafar, 42, dan kakaknya, Afiah Nasuha, 16, serta seorang abangnya, Anuar Nazzif, 14, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, berjalan menuruni tangga di sebuah taman di kawasan peranginan itu apabila dia diterkam haiwan liar berkenaan.

 

Menceritakan detik cemas itu, Dr Nahariah berkata, ketika kejadian dia berjalan di depan tiga anaknya sebelum terdengar bunyi seperti benda jatuh di belakangnya.
Pensyarah Kanan Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya, Selangor itu berkata, sebaik menoleh ke belakang, dia terkejut melihat anak bongsunya yang berada di tengah antara dua lagi anaknya ditindih ungka yang agak besar.
“Saya menghayun beg tangan bertubi-tubi ke arah ungka itu yang ketika itu ganas menggigit tangan kanan Afiah Nadia sambil meraung meminta tolong.

 

 

“Pukulan saya menghalang ungka itu daripada terus menggigit tangan kanan Afiah Nadia, namun dia enggan melepaskan anak saya yang ketika itu berlumuran darah sebaliknya merenung tajam dengan muka bengis ke arah kami,” katanya, semalam.
Katanya, ungka yang marah itu kemudian melangkah ke depan menuju ke arahnya namun melarikan diri apabila dihayun sekali lagi dengan beg tangan dan terpandang kelibat orang awam yang bergegas ke kawasan itu.

 

“Berderau darah apabila melihat kecederaan dialami anak saya begitu serius sehingga tangan kanannya itu hancur dan nampak tulang,” katanya.
Dr Nahariah berkata, dia kemudian menghubungi suami, Dr Nor Azlan Alias, 44, yang ketika itu sedang berkursus di resort berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum membawa anak mereka ke Hospital Bentong.
Menurutnya, Afiah Nadia diberi rawatan awal di hospital berkenaan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut kerana kecederaan dialaminya parah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s