Didenda makan cili padi – Sinar Harian


Didenda makan cili padi

NOOR’AINON MOHAMED YUSOF
26 April 2012
Didenda makan cili padi
Didenda makan cili padi

IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.

“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.

2 Comments

  1. baik x payah jd ustaz/ustazah. Cara denda pun dah salah. klu rotan tak pe lg, coz nabi pun ada pesan. Nauzubillah harap x kena kat anak sndri. klu x, hukuman tanpa hakim pasti berlaku ke atas pelaku durjana itu

  2. simple je kan phak guru diskolah tu punya statment..klau ank diaorang pd situasi tu nak x diaorg buat..bukan caranya nak mengjar bdak dgn cara mcmtu..bnyak lg kaedahnya….ingat!bdak tu ada mak ayah…so blaja cara mntafsir karenah bbdak…ACU PUCHONG
    – AIMAN….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s