Anak disorok di ibu kota – Metro


Anak disorok di ibu kota

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Ibu remaja perempuan, Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan ‘jejaka Lombok’ sejak 16 hari lalu mendakwa mendapat maklumat anak gadisnya itu kini disorok di sebuah perkampungan haram warga Indonesia di Kuala Lumpur.

Hasliza Ismail, 45, berkata, lelaki Lombok yang memujuk dan melarikan anak gadisnya kerap menghubunginya untuk memaklumkan Nur Afifah dalam keadaan selamat. Kisah kehilangan Nur Afifah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Panglima, Kamunting, dipaparkan Harian Metro minggu lalu selepas mangsa dilarikan suspek dengan menaiki motosikal pada jam 11.45 malam, 18 April lalu. Difahamkan, lelaki yang melarikan Nur Afifah dikenali keluarga gadis berkenaan kerana suspek sering membantu di gerai makan milik keluarga mangsa di sebuah tapak pasar malam, di Taman Panglima, Kamunting.
Sehingga semalam, anak kelima daripada enam beradik itu masih gagal dijejaki, sekali gus menimbulkan kebimbangan keluarganya memandangkan remaja itu sudah hampir dua minggu tidak mendapatkan rutin suntikan insulin bagi merawat penyakit kencing manis dihidapi. Hasliza berkata, dia kerap menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki sejak tiga hari lalu yang memaklumkan Nur Afifah berada bersamanya.

 

Bagaimanapun, lelaki terbabit enggan menjawab panggilan telefon apabila dihubungi semula.
“Lelaki itu turut berjanji akan memulangkan anak saya minggu depan. Namun, permintaan saya untuk bercakap dengan Nur Afifah juga tidak dilayan dengan pelbagai alasan,” katanya.
Menurutnya, dia sudah habis ikhtiar termasuk menemui beberapa pakar perubatan tradisional dan Islam bagi membolehkan Nur Afifah dibebaskan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Afifah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Taiping di talian             05-8082222       atau Inspektor Suhaimi Mohamad di talian             05-8080222       atau mana-mana balai polis berhampiran atau Hasliza di talian             012-5801261      .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s