‘i-Hadir’ kesan pelajar ponteng – Berita Harian


‘i-Hadir’ kesan pelajar ponteng

2012/05/11

KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Kelantan menjadi perintis mengguna perisian yang dikenali sebagai ‘i-Hadir’ bagi mengenal pasti kehadiran pelajar ke sekolah dan mengesan pelajar ponteng.

Inovasi baru yang diperkenalkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan itu boleh diakses bila-bila masa serta memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa mengetahui kedatangan anak mereka ke sekolah.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, i-Hadir adalah aplikasi mudah, cepat dan tepat, dengan pihak sekolah akan memasukkan rekod kedatangan harian murid ke dalam komputer yang dilengkapi perisian berkenaan.

Pada masa sama, katanya, data itu boleh dipantau oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) walaupun berada di tempat lain.

“Sekiranya ada pelajar yang kerap tidak hadir, pihak JPN akan merujuk semula kepada pihak sekolah berhubung tindakan yang diambil.

“Secara tak langsung, aplikasi ini akan menjadi penghubung antara pihak sekolah dan PPD seterusnya JPN,” katanya pada majlis pelancaran i-Hadir pada perhimpunan ‘Bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan di Dewan Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Rosnah Wan Ibrahim.
Perisian yang mula diguna dua bulan lalu itu adalah program perintis, dilihat mampu mengesan kehadiran pelajar ke sekolah dan pada masa sama dapat mengurangkan masalah ponteng membabitkan pelajar sekolah bandar dan luar bandar.

Seorang lagi penculik Nayati ditangkap – Utusan


Seorang lagi penculik Nayati ditangkap

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mei — Siasatan kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilarikan selama tujuh hari sebelum dibebaskan dengan wang tebusan menunjukkan perkembangan positif apabila polis hari ini memberkas seorang lagi ahli kumpulan penculik itu.

Suspek, Lee Phak Seng, 24, yang gambar dan identitinya diedarkan kepada media oleh Pengarah Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin semalam, berjaya dikesan dan ditangkap di pekan Banting, Selangor petang ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek yang cuba menyembunyikan diri setelah menyedari diburu polis dikesan hasil maklumat orang ramai.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2012 : Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum


Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2012

E-mailCetakPDF

11 MEI 2012

Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum

 

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan kaedah
pemberian Anjakan Gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum
(JGMM) kepada pegawai yang telah melepasi tahap kompetensi pada Aras IV
dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan diluluskan pemberian Anjakan
Gaji oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Muat Turun: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2012

PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) sedang menguruskan kutipan bayaran balik Pinjaman Pelajaran bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya di bawah program berikut:

 i.    Program Pengajian Jarak Jauh dengan kerjasama Open University
Malaysia (PJJ-KPM OUM)

   ii.   Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

   iii.    Program Pensiswazahan Guru Besar (PPGB)
Pegawai adalah layak dipertimbangkan kemudahan pembayaran balik sebanyak 25% sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu:

 

     i.   Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 dan ke atas

    ii.  Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlanjutan

  iii.  Tidak menukar bidang/kursus pengajian

  iv.     Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau pihak
universiti

    v.      Mengemukakan permohonan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh
Notis Pembayaran Penuh.
Sehubungan itu, PPP yang terlibat adalah dipohon untuk mengambil tindakan sewajarnya dan mengemukakan permohonan bayaran 25% tersebut dengan menyertakan salinan transkrip dan ijazah yang disahkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi hotline             03-8321 7124      , faks 03-8321 7103 atau e-melkan kepenguatkuasaan@moe.gov.my.

 

Sekian, terima kasih.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH SPM 2011


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH SPM 2011

MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN SEKOLAH SPM 2011
  Tarikh: 17 Mei 2012
Masa: 11.00 pagi
Tempat : Dewan Besar,
Aras 2, Lembaga Peperiksaan
Jalan Duta, Kuala Lumpur

Majlis akan disempurnakan oleh:
Y.Bhg. Dato’ Sri Abd Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia