Sistem pendidikan setaraf negara maju – Utusan


Sistem pendidikan setaraf negara maju

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin bersalam dengan Muhammad Faqih Aminuddin yang pernah menjuarai Kejohanan Catur Remaja Dunia 2010 di Greece ketika merasmikan SK Bukit Jelutong di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 12 Mei – Kerajaan meletakkan sasaran realistik bagi membangunkan sistem pendidikan negara yang setanding atau lebih baik daripada negara maju dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha berkenaan bukan sesuatu yang mudah dan perubahan tidak boleh dilakukan terlalu drastik.

“Tiada siapa yang boleh menolak kejayaan Malaysia hari ini antara lain adalah hasil sumbangan menerusi sistem pendidikan kita. Namun, harapan masyarakat di negara ini juga tinggi dan mereka mahukan sistem pendidikan yang setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara-negara maju.

“Jadi, kita kena tengok balik sistem pendidikan kita. Bukan merungkai tetapi melihat semula apa yang sudah ada dalam sistem kita dan bagaimana kita nak letakkan penanda aras dengan negara-negara lain melalui kajian dan dialog yang telah dimulakan,” katanya berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan akan meluluskan RM2 juta untuk membina dewan di SK Bukit Jelutong yang dibuka pada 2002 dan kini menempatkan 2,510 murid.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengajak orang ramai yang berminat agar menyertai sesi dialog yang dijalankan bagi menambah baik sistem pendidikan negara dengan mengemukakan idea yang bernas untuk diguna pakai dalam kajian yang sedang dijalankan.

“Jangan bangkitkan di luar. Kita mahu semua pihak bersama mengemukakan idea bernas dalam kajian ini,” ujar beliau.

Jelas beliau lagi, antara perkara yang diberi keutamaan dalam kajian semula sistem pendidikan ialah kualiti, tanggungjawab, beban tugas dan peranan guru di dalam dan di luar sekolah selain kurikulum dan sistem pentaksiran sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s