Dua beradik tiada maklumat ibu bapa gagal buat MyKad – Berita Harian


Dua beradik tiada maklumat ibu bapa gagal buat MyKad

2012/05/15

KUALA LUMPUR: Dua beradik dari Sik, Kedah gagal membuat kad pengenalan diri kerana tidak mempunyai maklumat peribadi ibu bapa kandung mereka selepas hampir 12 tahun dipelihara keluarga angkat.

Mohd Idris Liakat Ali, 20, berkata dia dan adiknya, Mohd Ismail Liakat Ali, 17, pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan, tetapi gagal.

Katanya JPN memerlukan nama dan nombor kad pengenalan ibu bagi mengesahkan mereka rakyat negara ini.

“Kami tidak pernah kenal ibu kami, apatah lagi mengetahui nama dan nombor kad pengenalannya.

“Kami merayu kepada sesiapa terutama saudara mara yang mengenali kami tampil membantu kami,” katanya ketika datang ke Balai Berita di sini, semalam.

Mohd Idris berkata, selama ini mereka hanya berdiam diri, tetapi selepas berfikir panjang, mereka memutuskan untuk mendapatkan maklumat ibu bapa mereka supaya dapat membuat kad pengenalan.

Sementara itu, ibu angkat mereka, Noriah Abu, 41, berkata dia dan suaminya yakin dua anak angkatnya itu rakyat negara ini kerana mereka mempunyai suntikan imunisasi atau BCG yang mana kesan suntikan itu jelas keli-hatan di bahu mereka.

Projek inovasi guru tumpuan pengunjung – Utusan


Projek inovasi guru tumpuan pengunjung

Oleh AZMY MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 14 Mei – Pameran projek inovatif oleh guru Kementerian Pelajaran pada Festival Hari Guru Kebangsaan 2012 di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Pameran itu disertai pemenang yang meraih tempat pertama, kedua dan ketiga dalam empat kategori yang dipertandingkan pada Pertandingan Guru Inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 baru-baru ini.

Sebanyak sembilan hasil inovasi guru dalam empat kategori iaitu kumpulan, individu menengah, individu rendah dan prasekolah dipamerkan.

Antara inovasi yang dipamerkan adalah laman sesawang http://www.geoandyou.com, Zap it With Lights, Miracle Fingers, Wazan Board, Terowong Cahaya, EZ Draw, Imaging Microscope danKacem Citegar.

Ia melibatkan inovasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari Sungai Sumun, Perak; SMK Sacred Heart, Sarawak; SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik Petaling Jaya, Selangor.

Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Keluaran IPTA – Penempatan Fasa 2 Menengah


Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Keluaran IPTA – Penempatan Fasa 2 Menengah

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN FASA 2 -PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA yang telah diperaku boleh disemak di sini bermula 15 Mei 2012.
Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
Berikut adalah link yang berkaitan:-