Rayu anak gadis pulang – Sinar Harian


Rayu anak gadis pulang
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Jun 2012

NURUL SHAFIKAH
ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri merayu anak gadis mereka berusia 16 tahun supaya kembali ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri sebulan lalu, dipercayai mengikut teman lelaki.

Bapa tiri Nurul Shafikah Anuar atau lebih mesra dengan panggilan kakak, Azraai Mohd Isa, 37, berkata, anak tirinya itu dipercayai mengikut teman lelakinya selepas selesai bekerja di sebuah salun kecantikan, jam 10 malam pada 4 Mei lalu.

Menurutnya, pada malam kejadian, dia datang menjemput Nurul Shafikah kira-kira jam 10.15 malam, tetapi gadis itu tidak kelihatan dan beranggapan dia sudah dihantar pulang oleh rakan.

“Disebabkan kakak tiada, saya kembali semula ke tempat kerja tetapi tiba di rumah, isteri, Suzalita Udari, 41, beritahu kakak masih belum pulang.

“Disebabkan bimbang, saya dan isteri terus mencarinya di sekitar pekan Alor Gajah,” katanya.

Azraai berkata, rakan sekerja Nurul Shafikah ada memaklumkan ternampak anaknya mengikut lelaki yang menaiki kereta Perodua Kancil selepas pulang kerja.

“Katanya, sebelum ini, kakak mendapat nombor telefon seorang pelanggan lelaki di tempat kerjanya dan saya mengesyaki kakak ada berhubung dengan lelaki terbabit.

“Rakannya juga ada beritahu terserempak dengan Nurul Shafikah bersama dua rakan perempuan dan tiga lelaki di Bandaraya Melaka tetapi ketika itu dia tidak tahu kakak melarikan diri,” katanya.

Sehubungan itu, Azraai meminta lelaki terbabit supaya kembalikan semula anaknya.

“Jika simpan perasaan pada kakak, datanglah berjumpa kami dengan cara baik, bukannya membawa dia lari begitu sahaja.

“Kepada sesiapa yang ada ternampak Nurul Shafikah di mana-mana, boleh hubungi saya menerusi talian 017-2396861 ,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s