Polis buru dua remaja lelaki – Sinar Harian


Polis buru dua remaja lelaki
WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Jun 2012
PUCHONG – Polis memburu dua remaja lelaki bagi membantu siasatan satu kes samun yang mendatangkan kecederaan kepada seorang guru tadika di Puncak Jalil dalam satu kejadian, 6 Jun lalu.

Masing-masing dikenali sebagai Kogilan Subramaniam, 23, dari Kampung Bunga Melor Batu 14 ,Puchong dan Kamalanathan Ragavan, 21, dari Bandar Bukit Puchong.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pihaknya mengenal pasti dan dapat mengecam wajah dua lelaki terbabit yang berjaya direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Puncak Jalil di sini.

Menurutnya, wajah suspek dirakam ketika dipercayai mengeluarkan wang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik mangsa di stesen minyak berkenaan.

“Penama dikehendaki datang ke balai polis berhampiran bagi membantu melengkapkan siasatan kes. “Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki berkenaan juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Asisten Superintendan Masri Md Hassan di talian 019-2050142 atau berhubung dengan balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Abd Razak berkata, mangsa, Teoh Soo Kim, 51, masih terlantar koma di hospital akibat kecederaan parah selepas disamun
dan ditinggalkan di sebuah ladang di Kuala Selangor.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s