7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41 – Utusan


7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41

BATU PAHAT 23 Jun – Seramai 7,975 guru perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPLD) yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan dinaik taraf sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) gred DG41 tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan baru itu kepada guru-guru tersebut pada Mei lalu.

Beliau menjelaskan, golongan itu merupakan sebahagian daripada guru-guru PPLD yang diberi peluang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menerusi program pensiswazahan guru.

“Baru-baru ini, timbul isu guru-guru yang telah disiswazahkan belum disahkan perjawatan ke gred DG41 terutama bagi kohort dua, tiga, empat dan lima.

“Kita dan universiti melahirkan guru, tetapi hendak melantik perlukan kelulusan Perbendaharaan (treasury) sebab ‘dia’ akan bayar gaji dan luluskan perjawatan. Jadi, ini menyebabkan guru yang telah disiswazahkan ini kena menunggu untuk dinaikkan daripada PPLD kepada PPS,” katanya.

2 Comments

  1. saya Noor Hanisah Otrhman SK Puchong Perdana. OUM-KPM Kohot 1 tamat pengajian 2009, belum dipanggil temuduga, belum dinaikkan ke jawatan guru dg41. Ada ramai lagi rakan seangkatan saya yang bermasalah seperti saya. Kami sudah beberapa kali bertindak mengisi borang. Bilakah masalah kami akan diberi perhatian. adakah 7975 itu termasuk dengan golongan kami yang tercicir? Saya berdoa semoga nasib kami terbela. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s