SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG BAGI PPPS DAN PPPLD BAGI KES CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SURAT PERINGATAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KHAS UNTUK PENYANDANG BAGI PPPS DAN PPPLD BAGI KES CICIR TAHUN 2004 HINGGA 2011 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam Sejahtera,

Surat berkenaan sila rujuk lampiran di bawah :-
Muat turun
Surat Peringatan

Pelanjutan Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan ke-2 Tahun 2012 (2/12) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD)


Pelanjutan Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan ke-2 Tahun 2012 (2/12) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD)

 

Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan ke-2 Tahun 2012 (2/12) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) dilanjutkan sehingga 15 Julai 2012 (Ahad).

TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DI SEMENANJUNG – SPP


TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DI SEMENANJUNG

Temu duga jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 bagi negeri Johor pada 3 Julai 2012 hingga 5 Julai 2012 boleh disemak mulai 29 Jun 2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan panggilan temu duga dari Suruhanjaya ini. Semak senarai nama di sini.

PEMAKLUMAN PEMBATALAN JADUAL TEMU DUGA KEPADA LEPASAN PROGRAM PERGURUAN SECARA KURSUS DALAM CUTI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) TAMAT PENGAJIAN MEI DAN JUN 2012 – SPP


PEMAKLUMAN PEMBATALAN JADUAL TEMU DUGA KEPADA LEPASAN PROGRAM PERGURUAN SECARA KURSUS DALAM CUTI DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) TAMAT PENGAJIAN MEI DAN JUN 2012

Dimaklumkan pihak Suruhanjaya telah bersetuju untuk membatalkan tarikh temu duga yang dijadualkan pada 11, 12 dan 13 Julai 2012, disebabkan bertembung dengan tarikh konvokesyen calon di IPGM. Tarikh temu duga calon terlibat akan disusun semula dan akan dipaparkan di portal Suruhanjaya kelak.

Berkley bantu perubahan positif pelajar bertutur bahasa Inggeris – Utusan


Berkley bantu perubahan positif pelajar bertutur bahasa Inggeris
HOLLY Berkley (kiri) kelihatan mesra dengan para pelajarnya di SMK Cenderawasih, Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/MAHATHIR ALI
KUANTAN 28 Jun – Selepas enam bulan Holly Berkley, 23, menjadi pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih di sini, sememangnya banyak perubahan berlaku ke atas diri beliau dan pelajar sekolah berkenaan.

Bukan sahaja menjadikan baju kurung sebagai pakaian sehariannya malah yang lebih penting, kehadiran gadis Amerika Syarikat (AS) itu membuatkan pelajar di sekolah tersebut seolah-olah memperoleh keyakinan baru untuk lebih berani bertutur dalam bahasa Inggeris.

Malah kehadirannya yang umpama seorang selebriti terkenal secara automatik membuatkan pelajar menegurnya setiap kali berselisih walaupun dengan hanya sepatah perkataan dalam bahasa Inggeris.

Kerajaan tidak diskriminasi sekolah vernakular – Utusan


Kerajaan tidak diskriminasi sekolah vernakular
Muhyiddin Yassin melihat gelagat sebahagian murid SJKT Vivekananda yang ceria dengan perasmian bangunan baru sekolah berkenaan yang disempurnakan oleh beliau di Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA 28 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak pernah mendiskriminasi sekolah vernakular di negara ini termasuk dalam pemberian peruntukan kewangan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bertanggungjawab memastikan kelangsungan hayat sekolah yang dianggap sebagai legasi itu dan kewujudannya perlu diterima oleh semua pihak.

“Ada pihak kata kita tak beri sokongan dan bantuan yang cukup. Ini kenyataan tidak benar.

“Dari 2010 hingga tahun lalu, Kementerian Pelajaran belanja lebih RM1.04 bilion untuk bayaran kos operasi sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan jika ditambah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), kita belanja RM2.4 bilion,” katanya berucap pada majlis perasmian bangunan baru SJKT Vivekananda di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan Pengerusi Vivekananda Ashrama serta SJKT Vivekananda, Tan Sri Dr. K. Ampikaipakan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain peruntukan kewangan, kerajaan juga akan memastikan kualiti pembelajaran sekolah vernakular ditingkatkan menerusi Kajian Semula Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sedang dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat India untuk ‘duduk semeja’ dengan beliau bagi membincangkan kaedah terbaik dalam menyelesaikan masalah kekurangan murid di beberapa SJKT.

“Saya dimaklumkan banyak sekolah seperti ini (SJKT) sekarang jadi sekolah kurang murid. Ada sekolah yang boleh memuatkan 100 murid tetapi cuma ada 10 orang sahaja.

“Jadi saya nak ajak pemimpin masyarakat India untuk duduk dengan saya tentang apa yang boleh kita lakukan. Sama ada kita jadikan sekolah integrasi atau ditempatkan di sekolah yang muridnya ramai,” katanya.

Beliau kemudiannya mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM6 juta kepada SJKT Vivekananda dan SJKT Vivekananda serta SMK Vivekananda di Brickfields.

Kerajaan juga jelasnya, bersetuju meluluskan permohonan mewujudkan tingkatan enam di SMK Vivekananda dengan tiga syarat utama selain mengkaji keperluan membina asrama.

Terdahulu, pada majlis sama, beliau menyaksikan penyerahan tajaan sebanyak RM50,000 oleh Takaful Malaysia Bhd. untuk menaik taraf makmal teknologi maklumat sekolah itu.