Kanak-kanak pulang bercuti di kampung ditemui lemas – Bernama


Kanak-kanak pulang bercuti di kampung ditemui lemas

8 Julai 2012
LINGGI – Mayat Mohd Afzan Haikal Mohd Nazri, 7, yang terjatuh ke dalam Sungai Linggi di belakang rumah peninggalan neneknya di Pengkalan Kempas, dekat sini semalam, ditemui hari ini.

Mayat kanak-kanak itu ditemui terapung oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat dia terjatuh.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Abd Wahab Harun ketika dihubungi, berkata usaha mencari dan menyelamat dilancar selepas polis menerima laporan kejadian pukul 6.30 petang semalam.

Operasi dilakukan tanpa henti sehinggalah mayat ditemui pukul 1 petang tadi, katanya.

Anak sulung dari tiga beradik itu dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika bermain di sekitar kawasan rumah, sejurus tiba bersama keluarga dari Pasir Gudang, Johor, kira-kira pukul 4 petang semalam.

Kehilangan Mohd Afzan Haikal hanya disedari ibu bapa mangsa kira-kira pukul 5.30 petang selepas seorang jiran memberitahu mereka mengenai kesan tergelincir di tepi sungai tersebut.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, di sini. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s