PM Jemput Rakyat Kemuka Input Bajet 2013 – Bernama


PM Jemput Rakyat Kemuka Input Bajet 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Perdana Menteri berkata platform itu merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau http://www.1malaysia.com.my yang bertajuk ‘Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda’.

“Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak kerajaan persekutuan selaku menteri kewangan. Pada saya, adalah penting agar rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baharu yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia,” kata Najib dalam blog beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata platform itu akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik iaitu kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

“Pada masa ini, kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita,” katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi.

“Kita sudah pun membuat permulaan yang kukuh di mana LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil, dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucar buku.

“Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini,” katanya. BERNAMA

1 Comment

  1. Salam Datuk Seri, saya ingin mencadangkan kepada Datuk Seri semasa pembentangan Bajet 2013 tahun ini seluruh Penjawat awam di negara ini di jenamakan semula sebagai “Persyarikatan Penjawat Awam” ini membolehkan kerajaan mengurangkan bajet Negara keatas seluruh Penjawat awam daripada segi Tuntutan kenaikan gaji, bonus tahunan dan sebagainya.

    Langkah pertama ialah setiap kakitangan yang berpencen, mereka ini telah diperuntukkan dengan jumlah imbuhan persaraan mengikut tahun perkhidmatan dalam kerajaan. Cadangan saya disini ialah, setiap kakitangan kerajaan yang berpencen katakan Gred N17 sekiranya ia pencen, contoh, imbuhan yang dia dapat ialah RM100 ribu katakan. Apakah boleh imbuhan ini di keluarkan dan laburkan kedalam mana-mana Saham amanah yang lebih menguntungkan sekarang, dan setiap keuntungan tersebut boleh kerajaan salurkan kepada pekerja tersebut setiap tahun berbentuk bonus tahunan dan lain-lain faedah yang difikirkan patut. Selain daripada itu penjawat awam juga dapat menikmati faedah persaraan yang lebih baik daripada yang ada sekarang ini

    Langkah kedua ialah, imbuhan persaraan penjawat awam itu diniagakan dan dimasukkan kedalam syarikat-syarikat saham yang difikir boleh menguntungkan dan mendapat pulangan lumayan, sekurang kurangnya wang imbuhan persaraan setiap penjawat awam itu di nikmati lebih tinggi daripada yang kita congak-congak selepas kita pencen. Silap-silap kena potong Income Tax lagi, cita-cita nak naik haji punah..

    Sampailah masanya kerajaan memikirkan bagaimana untuk menjadikan penjawat awam di negara ini mempunyai pendapatan yang tinggi selain mengharapkan gaji semata-mata daripada kerajaan, cadangan ini kalau dilaksanakan tidak akan mengganggu tugas -tugas harian. Pinjaman mungkin masih membebankan, tetapi kalau imbuhan pencen itu di laburkan dan keuntungannya diberi kepada penjawat awam, kemungkinan Malaysia akan menjadi negara maju sebelum 2020.

    Cadangan ketiga ialah, melalui keuntungan itu juga, kerajaan boleh memberi perlindungan Insuran nyawa, perubatan dan sebagainya dihospital hospital swasta tanpa melibatkan wang kerajaan dan wang penjawat awam untuk faedah anak-anak dan keluarga. Sekian dan terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s