Keracunan makanan di dua sekolah – Utusan


Keracunan makanan di dua sekolah

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR dan ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my

SEKUMPULAN murid SK Sungai Rapat yang menerima rawatan pesakit luar selepas dipercayai keracunan makanan di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Ipoh, semalam.
SEREMBAN 16 Julai – Seramai 15 daripada 72 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd. Said di sini dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini hari ini kerana disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit.

Difahamkan, pelajar sekolah terbabit mengadu sakit perut selepas bersarapan dan makan tengah hari di asrama sekolah berkenaan semalam.

Seorang pelajar, Nur Farhana Abd. Raup, 17, berkata, dia mula sakit perut selepas bersarapan bihun yang disediakan di asrama berkenaan pagi semalam.

“Pada mulanya saya tidak rasa apa-apa tetapi pada sebelah malam perut saya mula sakit dan terpaksa ke tandas beberapa kali,” katanya di sini hari ini

Bawa telefon, iPad ke sekolah – Utusan


Bawa telefon, iPad ke sekolah

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 16 Julai – Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

”Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka,” katanya.

Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012


Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Proses Sokongan Bagi Permohonan Pensiswazahan Guru Ambilan September 2012 yang
bermula pada 17 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012 boleh disemak di pautan ini.

Harap maklum.

MODUL SOKONGAN

Tempoh Sokongan Atas Talian adalah daripada 17 JULAI 2012(SELASA) hingga 22 JULAI 2012 (AHAD)
Hanya untuk tindakan KETUA JABATAN SAHAJA, sila rujuk A.Kriteria Penyokong. Sekiranya ada masalah atau soalan, sila klik pada C.Bantuan.
A. Kriteria Penyokong 

B. Manual pengguna – Panduan Sokongan
C. Bantuan