JPA lengah naik gred guru – Berita Harian


JPA lengah naik gred guru
06:17:09 AM Mohd Azrone Sarabatin | azrone@bharian.com.my CetakEmel Kawan

400 tamat pengajian lima tahun lalu masih di takuk lama

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit.
Mula pengajian 2003

Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.

Sambut baik bonus raya – Sinar Harian


Sambut baik bonus raya
NOR ATIEYAH YUSOFF
23 Julai 2012

OMAR
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bonus itu cara kerajaanmenghargai kerja keras penjawat awam.

“Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.

“Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas maklum balas Najib mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam, kelmarin.

Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.

“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan.

Semakan Keputusan Kursus Induksi SSM (KISSM) bagi Kumpulan I


Semakan Keputusan Kursus Induksi SSM (KISSM) bagi Kumpulan I

Semakan Keputusan Kursus Induksi SSM (KISSM) bagi Kumpulan I boleh disemak mulai 23 Julai 2012 di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakan Keputusan Kursus Induksi SSM (KISSM) boleh dibuat di sini. Aplikasi ini adalah dibuka sepanjang tahun.