Orang Ramai Berpeluang Lihat Fenomena Okultasi Planet Musytari Ahad Ini – Bernama


Orang Ramai Berpeluang Lihat Fenomena Okultasi Planet Musytari Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan Okultasi Planet Musytari pada Ahad ini bermula dari pukul 2.20 pagi hingga 3.20 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), seluruh Malaysia akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh bulan lebih kurang satu jam dengan waktu sedikit berbeza (bergantung pada lokasi).

Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang menyaksikan keseluruhan proses fenomena manakala di Semenanjung dapat menyaksikan proses akhir fenomena itu sahaja.

Kata ANGKASA dalam kenyataan itu lagi, fenomena itu hanya dengan menggunakanmata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Kali terakhir fenomena itu berlaku adalah pada 23 Februari 2009.

Untuk maklumat lanjut mengenai fenomena itu, sila layari Portal Pendidikan Sains Angkasa http://www.astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303/4301. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s