SAR, SAN mampu lahir ramai profesional – TPM – Utusan


SAR, SAN mampu lahir ramai profesional – TPM

Oleh NOR AZAN FITRI
JOHOR BAHRU 14 Ogos – Penyenaraian sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama negeri (SAN) sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) mampu melahirkan lebih ramai golongan profesional yang boleh dijadikan sumber rujukan di peringkat negara dan antarabangsa pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasrat itu bertepatan dengan matlamat pembangunan modal insan negara yang ingin melahirkan lebih ramai golongan profesional agama yang hebat seperti ulama terdahulu. – UTUSAN

PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2010 – SPP


PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2010
Suruhanjaya dalam mesyuaratnya pada 28 Mei 2012 telah bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2010 yang bertajuk “Tarikh Pelantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Yang Lulus Ijazah Sarjana Muda Melalui Program Pengajian Jarak Jauh” . Penggantungan pelaksanaan pekeliling ini adalah disebabkan masalah ketiadaan kekosongan jawatan bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Penggantungan ini berkuat kuasa serta merta sehingga isu kekosongan jawatan berkenaan dapat ditangani.

Sumber: http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=248:mutakhir-dan-pengumuman-v4&catid=66

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR BATIN

Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada warga kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), warga kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), warga kerja NUTP, warga pendidik di seluruh Malaysia, murid-murid di seluruh Malaysia dan pengunjung yang sering melawat dan mendapatkan maklumat di dalam HB ini.

HB doakan semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin.


“Biar lambat asal selamat” dan “Sayangilah insan tersayang”.

Salam Aidilfitri dari HB.

Editor