300 banduan muda Sekolah Integriti Kajang dirai – Utusan


300 banduan muda Sekolah Integriti Kajang dirai
SALAH seorang banduan muda ditemu bual oleh wartawan Utusan di Sekolah Integrasi Kajang, kelmarin.
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Meskipun berada di sebalik tembok penjara, kira-kira 300 banduan juvana di Sekolah Integriti Kajang (SIK) tidak dilupakan apabila diraikan pada majlis berbuka puasa oleh Great Eastern Life Assurance (M) Berhad (Great Eastern) di Penjara Kajang, dekat sini semalam.

Program dengan kerjasama Jabatan Penjara Kajang dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWW) itu bertujuan mendekati penghuni sekolah berkenaan yang terdiri daripada pesalah juvana serta banduan muda berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat Great Eastern, Leong Pei Yee, program itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam mengajak penghuni sekolah berkenaan bersama-sama merasakan semangat berpuasa serta menyambut Aidilfitri sama seperti golongan belia lain.

Remaja tipu bapa dakwa diculik, dirogol – Utusan


Remaja tipu bapa dakwa diculik, dirogol

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sanggup berbohong kepada bapanya mendakwa dia diculik dan dirogol ketika pulang dari sekolah bagi mengelak dimarahi gara-gara lambat pulang ke rumah.

Bapanya yang percaya dengan cerita yang direka kemudian membuat laporan polis yang akhirnya membongkarkan tembelang anak gadisnya itu.

Menurut sumber, pelajar tingkatan satu itu ketika disiasat polis mengaku terpaksa berbohong kepada bapanya kerana takut dimarahi ekoran pulang lewat ke rumah selepas tamat persekolahan pada Jumaat lalu.

Katanya, remaja itu sebenarnya pulang lewat kerana mengikut teman lelaki dan mengaku pernah beberapa kali melakukan hubungan seks secara sukarela dengan kekasihnya itu.

“Bapa gadis itu membuat laporan polis mendakwa anaknya diculik semasa berjalan kaki sendirian pulang dari sekolah berhampiran sebuah tapak pembinaan.