SMK Seri Budiman jadi sekolah angkat skuad berbasikal wanita Terengganu – Bernama


SMK Seri Budiman jadi sekolah angkat skuad berbasikal wanita Terengganu

20 Ogos 2012

KUALA TERENGGANU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Budiman di sini, dijadikan sebagai sekolah angkat kepada pelumbabasikal wanita Terengganu.

Jurulatih lumba basikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata ia bagi memudahkan persiapan melatih pelumba basikal wanitanegeri itu menghadapi mini Sukan Malaysia (Sukma) di Kuala Lumpur pada tahun depan.

“Kitatelah bincang perkara itu beberapa hari lepas danpihak sekolah bersetuju,” katanyakepada Bernamahari ini.

Beliau berkata semua pelumbabasikal wanita akan ditempatkan di sekolah itu supaya mereka dapat memberikan fokus kepada persiapan dan latihan.

Syed Hussaini berkataseramai 12 pelumba akandipilih daripadasekolah-sekolah menganggotai skuad berbasikal Terengganupada temasya itu kelak.

“Kitaakan panggil pelumba basikal berbakat dari luar KualaTerengganu untuk diuji di sekolah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata ketika ini, Terengganu mempunyai empat pelumba elit dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan lagi bagi memperkuatkan skuad negeri itu.

Acara berbasikal memberi sumbangan terbesar kepada kontinjen Terengganu dalam pungutan pingat emas di setiap temasyaSukma, sebelum ini.

Syed Hussaini berkatapelumba basikal wanita Terengganu akanmenjalani latihan serupaseperti pelumbalelaki selepas hari raya termasuk mengadakan latihan di luar negeri itu.

Katanya mereka akan memulakan latihan peringkat pertama dari Ogos hinggaDisember ini, sejauh antara100 dan 120 kilometer sehari di sekitar daerah Kuala Terengganu. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s