Padah lumba haram, seorang pelajar maut – Sinar Harian


Padah lumba haram, seorang pelajar maut

WARTAWAN SINAR HARIAN 21 Ogos 2012

PENDANG – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung di sini, maut apabila motosikal yang ditunggang mangsa terbabas selepas bergeser dengan dua motosikal rakannya lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Saga, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam di Jalan Air Puteh Luar itu, Mangsa, Mohd Rafizal Mahammad, 15, tinggal di Kampung Paya Saga Mukim Air Puteh meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar ketika mendapatkan rawatan bersama dua lagi rakannya yang turut mengalami cedera parah.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Pendang, Asisten Superintendan Nik Mohd Razali Husin berkata, mengikut laporan yang diterima, mangsa dipercayai berlumba bersama 10 motosikal di laluan itu.

“Tiga dari 10 motosikal yang sedang berlumba dari arah Tempoyak itu tiba-tiba bergeser sesamamereka.

” Keadaan itu menyebabkan salah satu motosikal iaitu yang ditunggang mangsaseorang diri terbabas lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Saga dari arah Batu Menunggul yang dipandu Rusdi Osman, 38, juga berasal dari kampung yang samadengan mangsa.

“Tiga penunggang motosikal yang terbabit dengan kemalangan itu dibawa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Pendang ke HSB untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami cedera parah, ” katanya

Bagaimanapun menurutnya, kira-kira jam 12 malam salah seorang mangsa meninggal dunia setelah disahkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Berbirat didera kerana tak puasa – Metro


Berbirat didera kerana tak puasa

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanaklelaki berusia lapan tahun berbirat di seluruh badan dan lebam di pipi dipercayai akibat didera ibu saudaranya berusia 50-an menggunakan penyangkut baju di rumah wanita berkenaan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini,sejaklebih seminggu lalu.

Difahamkan,suspek berang selepas mendapati anaksaudaranya itu tidak berpuasa selain menggunakan wang derma diberikannya untukpihak sekolah bagi membeli pembaris.

Kejadian hanya diketahui bapa kanak-kanakmalang itu selepasmangsa yang menghidap penyakit tibi pergi ke hospital untuk pemeriksaan rutin, Jumaat lalu dan doktoryang merawatnya menemui kesan biratserta lebam di badan dan muka.

Berikutan itu, doktor terbabit membuatlaporan di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini, untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber,bapa mangsa yang bercerai dengan isterinya menyerahkan anaknya itu untuk dijaga kakaknya (suspek) sejakdua bulan lalu.

“Selepaskecederaannya dikesan doktor, mangsa memberitahu dipukul ibu saudaranya dengan penyangkut baju sejak lebih seminggu lalu,” kata sumber itu.

Menurutnya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun mangsa sudah diserahkan semula kepada bapanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Pagi terlepas tengah hari punah – Metro


Pagi terlepas tengah hari punah

KULIM: Sikap tamaksebuah keluarga termasuk tiga beranak yang kembali buat kali kedua bagi melarikan puluhan basikal dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kelang Lama,di sini,berakhir apabila mereka ditahan,kelmarin.

Kumpulan membabitkan seorang bapa berusia 51 tahun bersama dua anak lelaki, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun serta bapa saudara 20-an dicekup polis selepas menerima maklumat mengenai perlakuan mencurigakan kumpulan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata mereka ditahan jam 12.45 tengah hari ketika memunggah basikal yang masih belum dipasang di dalam kotak untuk dimasukkan ke dalam lori.

Menurutnya, gelagat mereka mencurigakan orang ramai yang melalui kawasan itu yang mendapati kilang itu tidakberoperasi kerana pekerja bercuti sempena Aidilfitri.

“Polis yang menerima maklumat bergegas ke kilang terbabitdan menahan empat suspek sedang memunggah barang curi kedalam lori.

“Siasatan mendapati,suspek sudah mencuri barang di kilang itu sebanyak dua kali pada hari sama iaitu pada awal pagi dan kali kedua ketika mereka ditahan. Kita turut menahan seorang pengawal keselamatan wanita di kilang terbabit dipercayai turut bersubahat.

“Soal siasatke atas suspek turutmenemui semula basikal yang dicuri bernilai RM25,000 di Pulau Pinang selain merampas dua lori dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai pembeli barangan curi itu untuk siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis percaya kumpulan terbabitmenjalankan kegiatan mencuri barangan di kilang itu berikutan kedudukan premis terbabit yang sunyi berikutan banyak kilang tidakberoperasi.

“Semua suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Lagi teruk jika sedar – Metro


Lagi teruk jika sedar

KUALA LUMPUR: Bagi pasangan suami isteri, Mat Zaki Hussin,45,dan Norliyati Hamid,41,sambutan Aidilfitri tahun ini semakin pilu kerana anak mereka Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma,malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuktempoh tiga bulan akan datang.

“Kata doktor, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang. Nurul akan bertambah terukdan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekatini.

“Disebabkan itu, doktor terpaksa memberinya ubatpelali supaya tidakberasa sakit,” kata Mat Zaki yang ditemui di UnitRawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari raya pertama,kelmarin.

Nurul Firzanah mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibatdisimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di kawasan semak berdekatan Seksyen 1,Wangsa Maju.

Penambahbaikan drastik pendidikan – Berita Harian


Penambahbaikan drastik pendidikan

21/08/2012-06:53:28AM OlehAzidanNahar

Pagoh: Sistem pendidikan negara akan mengalami penambahbaikan drastik dalam tempoh 13 tahun akan datang dalam usaha menjadikan Malaysia antara negara dengan sistem pendidikan terbaik dunia pada 2025.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan memberikan tumpuan kepada sistem itu melalui tiga fasa dengan fasa pertama membabitkan tempoh tiga tahun dan fasa seterusnya, masing-masing lima tahun. Beliau berkata, kajian mengenai penambahbaikan sistem pendidikan negara yang

dilaksanakan sejak tiga bulan lalu, antara lain menyentuh pendidikan Inggeris, Matematik dan Sains, peranan besar ibu bapa dalam pendidikan selain penstrukturan semula Kementerian Pelajaran serta Pejabat Pelajaran Daerah.

Kumpul cadangan

Dialog lebih tiga bulan sudah selesai, semua negeri sudah dilawati dan kita juga mengumpul beratus-ratus cadangan menerusinya, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri beliau dan isteri, Puan Sri Nooraniee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Lancar rangka kerja

Katanya, menerusi Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012, cadangan daripada individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak lain akan diserahkan Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin kepada Kementerian Pelajaran dalam tempoh terdekat. Beliau berkata, Perdana Menteri akan melancarkan rangka kerja mengenai cadangan itu 11 September ini yang akan menitikberatkan pendidikan berkualiti untuk dipertontonkan kepada orang ramai yang kemudian boleh memberi pandangan sebelum ia dibawa untuk kelulusan Kabinet, hujung tahun ini,

Badan pengurusan akan melakukan kajian sebelum penemuan itu dikemukakan pada majlis pelancaran nanti. Ada anjakan besar pada masa akan datang. Ada beberapa lagi penambahbaikan akan dilakukan selepas kandungannya dipertontonkan kepada orang ramai, katanya.

Muhyiddin memberi contoh, Pejabat Pelajaran Daerah hanya melakukan pemantauan, namun selepas ini ia perlu menjalankan tugas lebih besar untuk meningkatkan prestasi sekolah di bawah seliaan masing-masing.

Menerusi fasa pertama, kita akan lihat apa yang perlu dilaksanakan termasuk soal struktur serta kewangan. Mungkin ada subjek baru seperti kesusasteraan Inggeris kerana cadangan itu agak munasabah, menggalakkan pelajar berkomunikasi seterusnya menambah keupayaan bahasa Inggeris, katanya.