Suspek bakar teman wanita ditahan – Sinar Harian


Suspek bakar teman wanita ditahan

HASNIZA HUSSAIN
23 Ogos 2012

SHAH ALAM – Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam.

“Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam.

“Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya.

Guru mati kena tembakan ketika buru kancil – Bernama


Guru mati kena tembakan ketika buru kancil

23 Ogos 2012

SEREMBAN – Seorang guru mati manakala rakannya cedera setelah terkena tembakan senapang patah ketika berburu bersama tiga yang lain di kawasan hutan di Kampung Pondoi Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Amir Ain, 40, yang cedera parah di perut mati ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala rakannya yang berusia 50-an cedera di punggung dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi hari ini berkata kelima-lima mereka masuk ke kawasan hutan berkenaan pada pukul 9 malam untuk memburu kancil.

“Siasatan mendapati seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah satu objek yang dipercayai haiwan itu tetapi selepas dihampiri objek yang disangka kancil itu ialah orang,” katanya.

Wooi berkata berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan saudara terdekat mangsa yang mati dan dua rakannya untuk menbantu siasatan.

Polis turut merampas selaras senapang patah milik lelaki itu bersama sembilan butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru, katanya. – Bernama

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DI SEMENANJUNG – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 DI SEMENANJUNG
Keputusan temu duga jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Semenanjung yang telah dijalankan pada 3 Julai 2012 hingga 8 Ogos 2012 boleh disemak secara berperingkat mulai 15 Ogos 2012. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya. Semak keputusan

___________________________________________________________________________________________________

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17

Johor Terengganu WP KL & Putrajaya N. Sembilan Kelantan Melaka
Pahang Kedah/Perlis Perak Pulau Pinang Selangor

(Sila Klik Pada Negeri Tuan/Puan memohon)

Muat naik pada 15 Ogos 2012

Kes pukul guru, anak: Suspek utama serah diri – Bernama


Kes pukul guru, anak: Suspek utama serah diri

23 Ogos 2012

KUALA TERENGGANU – Seorang daripada tujuh suspek yang terlibat dalam kes menyerang seorang guru dan anaknya di Jalan Sultan Mahmud di sini, 12.30 tengah malam semalam (Rabu) tampil menyerah diri malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek utama yang juga pemilik kereta Perodua Myvi itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 11 malam hari yang sama.

Katanya suspek yang berusia 26 tahun itu juga turut membuat laporan polis dengan mendakwa anak guru yang berusia 20 tahun itu merupakan terlebih dahulu menimbulkan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah kepadanya serta empat lagi rakannya di dalam kereta.

“Kita sedang menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua laporan yang telah dibuat dan polis juga akan mengambil tindakan ke atas semua pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Manoharan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara punca suspek bertindak sedemikian.

Semalam dua beranak cedera di muka, kepala dan badan setelah diserang dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali lewat tengah malam di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Jalan Sultan Mahmud setelah dihalang sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara yang dinaiki dua orang bersama kumpulan lima orang dalam Perodua Myvi.

Insiden tersebut difahamkan tercetus ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk di mana kereta yang dinaiki keluarga guru itu dihimpit sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima lelaki, dengan seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah.

Namun guru yang berusia 46 tahun itu tidak mengendahkan kelima-lima lelaki tersebut dan meneruskan perjalanan dari Chendering ke Bandar Kuala Terengganu sehinggalah kenderaan guru itu dihalang kumpulan tujuh lelaki itu.

Mereka menarik keluar penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hingga menyebabkan si ayah cuba membantu namun turut dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

Suspek yang menyerah diri itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut dan polis kini memburu baki kumpulan itu untuk disoal siasat.- Bernama

Tenaga pengajar terlatih penting untuk Kesusasteraan Inggeris – Bernama


Tenaga pengajar terlatih penting untuk Kesusasteraan Inggeris

23 Ogos 2012

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menyediakan tenaga pengajar yang terlatih terlebih dahulu sebelum memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata tenaga pengajar yang terlatih amat penting untuk membimbing pelajar menghayati subjek itu, selain hanya menyediakan bahan sumber atau buku-buku sastera.

Kemampuan guru melaksanakan hasrat ini penting seperti mana pelaksanaan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris agar ia tidak dilihat sebagai melampaui kemampuan pelajar mempelajarinya, katanya kepada Bernama bagi mengulas hasrat kerajaan memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata cadangan itu akan dikaji dari segi tarikh pelaksanaannya terlebih dahulu menerusi kajian semula sistem pendidikan nasional.

“Sastera Inggeris ini bukan sesuatu yang ‘ringan’, sedangkan dahulu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pun pelajar kita susah untuk fahami, inikan pula sastera Inggeris,” kata Noor Azimah.

PPSMI yang bermula pada tahun 2003 hanya mampu dilaksanakan sehingga tahun 2008 sebelum kabinet memutuskan untuk tidak meneruskannya lagi pada tahun 2009.

Sementara itu Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berpendapat kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan sebelum cadangan itu dilaksana dalam sistem pendidikan negara.

Bagaimanapun, Hashim berkata jika kerajaan berjaya mencari suatu kaedah yang difikir mampu mendatangkan minat untuk pelajar mempelajari subjek itu bagi menguasai bahasa Inggeris maka tidak ada salahnya ia diteruskan.

“Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk kita tarik minat pelajar belajar subjek sastera Melayu dan inikan pula sastera Inggeris kerana rata-rata pelajar beranggapan tiada nilai ekonomi dan kerjaya dalam subjek sastera.

“Tetapi jika kerajaan berjaya mencari alternatif kepada masalah itu tidak mustahil subjek sastera menjadi pilihan utama pelajar termasuklah sastera
Inggeris,” katanya. – Bernama

Tendang dada bapa, ugut ibu – Sinar Harian


Tendang dada bapa, ugut ibu

FARAH SHAZWANI ALI 23 Ogos 2012

KUALA TERENGGANU – Tiada hati perut. Tanpa belas kasihan, seorang anak yang baru berusia 15 tahun, sanggup menendang dada bapanya yang sakit kerana tidak memberi wang seperti yang diminta.

Lebih menyedihkan, remaja yang sudah tidak bersekolah itu kerap bertindak kasar terhadap kedua ibu bapanya, sehingga menyebabkan ibunyatidak tahan, lalu membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tindakan tidak berperikemanusiaan remaja itu akhirnya terbalas apabila dia didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, pada 19 Ogos lalu, kira-kirajam 4.30 petang, bertempat di rumah tidak bernombor di Kampung Jerong Seberang, Wakaf Tapai, Marang, tertuduh dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan bahawa bencana akan berlaku ke atas Maimunah Mat Ali, 44.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat.

Tertuduh yang berpakaian baju T kelabu itu bagaimanapun mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim, manakala pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd Yusof.

Majistret Abdul Hayyi kemudiannyamenetapkan 28Ogos depan sebagai tarikh sebut semula kes di Mahkamah Majistret Marang dan turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, remaja yang juga merupakan anak kedua daripada tigaberadik itu telah bertindak kasar dengan menendang dada bapanya, dalam satu kejadian 18 Ogos lalu, kira-kira jam 12.30 malam.

Keesokannya, kira-kira 4.30 petang, ketika berada di rumah merekadi Kampung Jerong Seberang di Marang, tertuduh telah meminta wang daripada ibunya, Maimunah Mat Ali, 44, sebanyak RM20.

Bagaimanapun, ibunya tidak memberikan wang sambil memberitahu, tiada wang. Dia kemudiannya meminta lagi wang sebanyak RM40 dengan alasan untuk membaiki motosikal.

Apabilatidak diberikan wang, tertuduh bertindak mengambil sebilah parang lalu mengugut hendak menetak motosikalnya. Tidak tahan dengan sikap tertuduh, ibunya kemudian membuat laporan polis.

Keluarga guru agama dikepung – Metro


Keluarga guru agama dikepung

KUALA TERENGGANU: Hasrat lima sekeluarga menikmati makan malam di pusat bandar raya ini tidak kesampaian apabila kereta dinaiki mereka ditahan sebelum diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 malam, mangsa berusia 46 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah agama di Setiu bersama isterinya berusia 40-an dan tigaanak masing-masing berusia 16,18 dan 20 tahun dalam perjalanan dari Chendering ke pusat bandar raya ini untuk keluar makan malam sebelum kereta mereka ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata,kejadian bermula apabila kereta Honda dinaiki lima sekeluarga itu dihimpit sebuah Perodua Myvi berwarna putih dinaiki lima lelaki dengan seorang daripada mereka dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada keluarga berkenaan ketika berada di lampu isyarat Pantai Batu Buruk. “Mangsa tidak mengendahkan perbuatan itu sebelum meneruskan perjalanan mereka. Bagaimanapun ketika mangsa tiba di sebuah bankdi Jalan Sultan Mahmud, mereka dihampiri sebuah kenderaan Nissan Navara berwarna hitam yang menghalang perjalanan.

“Pada masa sama, kereta Perodua Myvi yang menghimpitmereka sebelum ini tiba di tempatkejadian dan sekali lagi menghimpitkenderaan mangsa menyebabkan mangsa memberhentikan keretanya.

“Ketika itu, lapan lelaki dipercayai lima orang menaiki kereta Perodua Myvi,manakala tiga lagi menaiki kenderaan Nissan Navara turun lalu menarik anak lelaki mangsa berusia 20 tahun sebelum memukulnya menyebabkan dia cedera di muka, kepala dan badan.

“Malah, guru terbabit turut cedera di muka dan badan, manakala isterinya jatuh akibat ditolak ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Selain itu,semua suspek yang dianggarkan berusia 28 tahun ke atasitu turut merosakkan kereta mangsa dengan menendang kenderaan berkenaan menyebabkan cermin depan dan sisi pecah selain badan kereta itu kemeksebelum melarikan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu,di sini, semalam.

Manoharan berkata, siasatan mendapati mangsa dan anaklelakinya yang juga pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam mendakwa tidak tahu motifmereka diserang kumpulan lelaki berkenaan.

Katanya, polis sudah mengenal pasti seorang daripada suspekyang juga pemilikPerodua Myvi terbabitdan menjangka tangkapan akan dibuat terhadapnya tidak lama lagi.

“Ketika ini, polis masih tidak pasti motifsebenar kejadian sama ada berpunca daripada perselisihan faham atau masalah jalan raya. Justeru kami meminta semua suspekterbabit supaya menyerah diri sebelum polis sendiri menahan mereka di rumah.

“Jika keluarga suspektahu mengenai kejadian ini,saya harap mereka dapatmenasihatkan anak atau anggota keluarga mereka yang terbabit supaya menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK)kerana merusuh dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Buaya ‘ngap’ paha budak – Metro


Buaya ‘ngap’ paha budak

SAKIT…Ashley Austin dirawat di HUS menunjukkan kesan luka di kaki dan betis, semalam.

KUCHING: “Mulanya, saya menyangka rakan bergurau dengan menarikpaha,namun sebaik menoleh,saya melihat mereka berdiri agakjauh daripada saya.

“Saya kemudian mengesyaki ada yang tak kena lalu terus meraba lalu terkejut apabila merasai sesuatu benda berkulit keras menggigit kedua-dua paha saya,” kata AshleyAustin Chin,14, yang terselamat biarpun dibaham buaya air masin di pantai Pasir Pandak,dekat sini,pagi semalam.

Berikutan itu, katanya, dia memberanikan diri dengan menumbukmata serta badan buaya yang sepanjang lebih tiga meter itu untuk melepaskan gigitannya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong itu mengalami luka di kedua-dua paha.

Sebelum kejadian, Austin berkata, dia bersama lima rakan pergi ke pantai berkenaan yang terletakkira-kira 18 kilometer dari bandar raya ini untuk mandi sempena cuti sambutan Aidilfitri, kira-kira jam 7 pagi.

Selepashampir setengah jam menghabiskan masa dengan mandi, dia tiba-tiba terasa sesuatu cuba menggigit pahanya.

“Ketika itu, saya langsung tidak terfikir digigit buaya kerana pantai berkenaan sering dikunjungi orang ramai,terutama setiap hujung minggu.

“Malah, ketika kedua-dua paha saya dibaham, saya masih mampu mengelakdan cuba menepis. Apabila gigitannya semakin kuat,barulah saya segera melawan untukmenyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Austin berkata, dia menggunakan seluruh kudrat untuk menumbuk mata buaya itu.

“Hanya itu cara terakhir dan kudrat yang saya ada. Mungkin tumbukan tepatpada mata buaya berkenaan menyebabkan ia melepaskan gigitannya dan kesempatan itu juga saya gunakan untukmenendang badannya,” katanya.

Austin bersyukur kerana terselamat daripada maut, namun menyesal kerana sebelum kejadian, ibu memang tidakmembenarkan dia mandi di situ kerana bimbangkan keselamatannya.

“Saya tidakmengendahkan larangan itu,sebaliknya menuruti ajakan rakan yang merancang untukmandi-manda di pantai berkenaan,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu.

Ugutan dari Lombok – Metro


Ugutan dari Lombok

NUR AFIFAH…meninggal dunia di Lombok

KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.

Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail,45,mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani,30-an, kerap menghantar SMSdan menelefonnya sejaksebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anakperempuannya,Nur Amalina,18.

“Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motifmereka berbuat demikian.

“Mungkin mereka tidakpuas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anaksaya itu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini,semalam.

Eksklusif: Alat ICT sekolah terabai – Berita Harian


Eksklusif: Alat ICT sekolah terabai

23/08/2012-07:46:37AM MohdAzroneSarabatin|azrone@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kurang penyelenggaraan dan kelemahan pentadbiran menyebabkan banyak peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat dimanfaatkan pelajar.

Akibatnya, kira-kira 25 hingga 50 peratus daripada peralatan bernilai lebih RM500 juta untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di antara 2003 dan 2008 tidak dapat digunakan lagi.