Keluarga guru agama dikepung – Metro


Keluarga guru agama dikepung

KUALA TERENGGANU: Hasrat lima sekeluarga menikmati makan malam di pusat bandar raya ini tidak kesampaian apabila kereta dinaiki mereka ditahan sebelum diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 malam, mangsa berusia 46 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah agama di Setiu bersama isterinya berusia 40-an dan tigaanak masing-masing berusia 16,18 dan 20 tahun dalam perjalanan dari Chendering ke pusat bandar raya ini untuk keluar makan malam sebelum kereta mereka ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata,kejadian bermula apabila kereta Honda dinaiki lima sekeluarga itu dihimpit sebuah Perodua Myvi berwarna putih dinaiki lima lelaki dengan seorang daripada mereka dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada keluarga berkenaan ketika berada di lampu isyarat Pantai Batu Buruk. “Mangsa tidak mengendahkan perbuatan itu sebelum meneruskan perjalanan mereka. Bagaimanapun ketika mangsa tiba di sebuah bankdi Jalan Sultan Mahmud, mereka dihampiri sebuah kenderaan Nissan Navara berwarna hitam yang menghalang perjalanan.

“Pada masa sama, kereta Perodua Myvi yang menghimpitmereka sebelum ini tiba di tempatkejadian dan sekali lagi menghimpitkenderaan mangsa menyebabkan mangsa memberhentikan keretanya.

“Ketika itu, lapan lelaki dipercayai lima orang menaiki kereta Perodua Myvi,manakala tiga lagi menaiki kenderaan Nissan Navara turun lalu menarik anak lelaki mangsa berusia 20 tahun sebelum memukulnya menyebabkan dia cedera di muka, kepala dan badan.

“Malah, guru terbabit turut cedera di muka dan badan, manakala isterinya jatuh akibat ditolak ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Selain itu,semua suspek yang dianggarkan berusia 28 tahun ke atasitu turut merosakkan kereta mangsa dengan menendang kenderaan berkenaan menyebabkan cermin depan dan sisi pecah selain badan kereta itu kemeksebelum melarikan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu,di sini, semalam.

Manoharan berkata, siasatan mendapati mangsa dan anaklelakinya yang juga pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam mendakwa tidak tahu motifmereka diserang kumpulan lelaki berkenaan.

Katanya, polis sudah mengenal pasti seorang daripada suspekyang juga pemilikPerodua Myvi terbabitdan menjangka tangkapan akan dibuat terhadapnya tidak lama lagi.

“Ketika ini, polis masih tidak pasti motifsebenar kejadian sama ada berpunca daripada perselisihan faham atau masalah jalan raya. Justeru kami meminta semua suspekterbabit supaya menyerah diri sebelum polis sendiri menahan mereka di rumah.

“Jika keluarga suspektahu mengenai kejadian ini,saya harap mereka dapatmenasihatkan anak atau anggota keluarga mereka yang terbabit supaya menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK)kerana merusuh dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s