Lelaki dan rakannya didakwa bakar teman wanita
30 Ogos 2012
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan cara membakar menggunakan petrol sehingga melecur anggota badan.
Turut didakwa rakan lelaki berkenaan dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen307 Kanun Keseksaan yang dibacabersamamengikut Seksyen 34kanun sama, yang membawahukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua merekamengaku tidak bersalah terhadap pertuduhanyang dibacakan di hadapan Hakim S. M Komathy Suppiah.
Teman lelaki wanita itu, Mohd Amir Mohd Anuar, 19, dan rakannya Muhammad Faiz Kamaruddin, 24, didakwa bersama-sama dengan niat cuba membunuh Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dengan membakarnya sehingga menyebabkan cedera sehingga 30 peratus padaanggota badannya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan semak di belakang Puspakom, Wangsa Maju pada pukul 3.15 pagi, 13 Ogos lalu.
Mohd Amir, yang bekerjadi Hotel Sheraton, di sini, diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Muhammad Faiz bekerja sebagai pengawal keselamatantidak diwakili peguam.
Pendakwaan, yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli, tidak menawarkan sebarang jaminan keranakes tersebut tidak boleh dijamin.
Sementara itu, pegawai penyiasat kes tersebut, Insp Chua Sze Yuan, yang hadir ke mahkamah hari ini ketika ditanya Komathy memberitahu mahkamah bahawa mangsamasih koma dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Hakim Komathy menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua merekaditahan di Penjara Sungai Buloh. – Bernama