Guru jumpa tiga muka surat al-Quran terbakar – Bernama


Guru jumpa tiga muka surat al-Quran terbakar

8 September 2012

BALIK PULAU – Seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di sini hari ini menjumpai tiga helaian muka surat daripada senaskhah al-Quran terbakar di dalam sebuah kelas di sekolah itu.

Sumber polis berkata pada kejadian pukul 9.50 pagi, guru berkenaan masuk ke dalam kelas itu untuk membuat persediaan mengajar bagi sesi persekolahan gantian.

“Al-Quran itu berada di lantai kelas dan guru berkenaan turut menemui tiga batang anak mancis berdekatan al-Quran tersebut,” katanya kepada pemberita.

Difahamkan pelajar tingkatan lima menggunakan kelas itu sebagai dewan untuk peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 3 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang ditemui pada satu majlis di Butterworth berkata beliau belum menerima laporan lengkap berhubung kejadian berkenaan.

“Kita akan tunggu laporan lengkap daripada pihak sekolah dan hasil siasatan polis sebelum mengambil sebarang tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata al-Quran itu berada di dalam kelas berkenaan kerana beberapa hari lepas pihak sekolah ada mengadakan satu majlis keagamaan di situ.

“Saya ada tanya pihak sekolah mengapa al-Quran itu berada di kelas berkenaan dan mereka maklumkan terlupa untuk simpan semula di perpustakaan selepas digunakan untuk satu majlis pada minggu lepas,” katanya yang enggan mengulas lanjut. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s