Cuepacs harap kerajaan beri bonus terbaik kepada penjawat awam

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KOTA BAHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata sebelum ini Cuepacs memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.
“Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini hari ini.
Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.
“Pembantu tidak sesuai lagi kerana jawatan itu melambangkan imej perkhidmatan awam, kita tidak mahu dengan transformasi yang dilaksanakan, mereka ini hanya bertugas sebagai membantu sahaja,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sudah mempunyai beberapa nama baru bagi menggantikan jawatan pembantu tersebut, antaranya pegawai teknologi tani bagi menggantikan pembantu pertanian.
Mengenai penjawat awam yang bermasalah termasuk dari segi disiplin, yang dianggarkan sekitar 15,000 hingga 18,000 orang, Omar berkata mereka perlu diberi motivasi terlebih dahulu sebelum tindakan lain dikenakan seperti tindakan tatatertib.- Bernama
Saya mencadangkan agar Cikgu bermasalah dibuang kerja.. Sebagai contoh, seorang guru lelaki di sekolah saya amat pemalas. Dtg sekolah macam biskut.. Dlm seminggu cuma dtg 1 @ 2 hari.. Ikut suka dia. Dia tak pernah diberikan jadual relief (ganti guru yg tak dtg) sbb Guru Penolong Kanan 1 kata nanti dia tak masuk Kelas. Oleh sebab terlalu dimanjakan GPK 1 itu.. Maka dia selalu menghabiskan masa berfacebook walaupun ketika itu dia Ada Kelas yg perlu diajar.. Says cadangkan GPK 1 yg bengong itupun diberhentikan sebab tak tahu tugas dia memastikan cikgu2 menjalankan tugas.. Bukannya memanjakan cikgu2 tertentu yg rajin buat kerja GPK 1 tapi MALAS mengajar !!!… akhir kata… sekolah saya dlm zon nusajaya… Tolonglah