Hala tuju jelas – Metro


Hala tuju jelas

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Malaysia mempunyai hala tuju dan matlamat jelas meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara, selain merapatkan jurang pencapaian menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025.

Malah, pelan itu dianggap satu proses sistematik kerana Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara yang dibuat sebelum melaksanakan pelan itu mengambil kira pandangan semua pihak termasuk profesional, pakar, ibu bapa, pihak berkepentingan dan pelajar bagi memastikan hasil yang lebih baik dan menyeluruh.
Pengarah Institut Pendidikan Kebangsaan Singapura (NIE), Prof Dr Lee Sing Kong berkata, kajian semula itu mempunyai matlamat yang cukup jelas dari segi aspirasi pelajar dan sistem, namun kementerian perlu membincangkan dengan lebih terperinci.

 

“Saya berpendapat ia adalah satu pendekatan yang sistematik kerana proses ke arah pelaksanaan pelan itu merangkumi pemahaman menyeluruh ke mana hala tuju sistem pendidikan yang diingini pada masa depan.
“Apabila mempunyai matlamat jelas, tahu di mana kedudukan kita, jurang mana yang perlu dirapati, ia sesuatu perkara lebih mudah dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, semalam.
Dr Lee seorang daripada Panel Penilai Bebas antarabangsa yang terbabit dalam pelaksanaan pelan berkenaan. Selain Dr Lee, panel lain adalah bekas Menteri Pelajaran Korea Selatan, Dr Buyong Man Ahn; Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Ontario, Dr Michael Fullan dan Ketua Bahagian Analisis dan Indikator Pelajaran bagi Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Dr Andreas Schleicher.

 

 

Sementara panel tempatan adalah Naib Canselor Albukhary International University, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Tokoh Guru 2011, Prof Datuk Dr Ab Rahim Selamat; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia), Tan Sri Dr Tony Fernandes; Pengarah Urusan Khazanah Berhad, Tan Sri Azmann Mokhtar dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Tan Sri Dr Sharifah Hapsah.
Menurutnya, semua ahli panel sentiasa berkomunikasi sejak enam bulan lalu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s