Mosti kerjasama dengan Kementerian Pelajaran jayakan Pelan Pembangunan Pendidikan – Bernama


Mosti kerjasama dengan Kementerian Pelajaran jayakan Pelan Pembangunan Pendidikan

15 September 2012

KUCHING – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025).

Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran bagi mengenal pasti keperluan yang boleh disediakan kepada sekolah yang memerlukan bantuan serta sokongan daripada MOSTI.

“Untuk sekolah di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak memang memerlukanĀ  teknologi seperti wifi ataupun sistem solar untuk membekalkan tenaga elektrik dan MOSTI boleh berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak di sini hari ini.

Maximus berkata MOSTI juga akan terus giat mempromosikan bidang sains dan teknologi kepada generasi muda melalui beberapa program yang telah dan akan dilaksanakan.

Katanya program seperti karnival sains dan inovasi di seluruh negara itu boleh mendekatkan lagi rakyat khasnya golongan muda dalam bidang tersebut melalui beberapa aktiviti perkongsian ilmu berasaskan sains, kreativiti dan inovasi. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s