Tak sempat duduki PMR – Metro


Tak sempat duduki PMR

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang pelajar yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Persiaran Hulu Langat di Seksyen 27, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Muhamad Aliff Naim Zamary, 15, yang menunggang bersendirian maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Jurucakap polis berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2, di sini, itu dipercayai menunggang motosikal jenis Honda C100 dengan laju.

 

“Setibanya di selekoh, dia hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

SMK Tunku Anum juara Liga Bola Sepak Remaja KPM kali ke-3 – Bernama


SMK Tunku Anum juara Liga Bola Sepak Remaja KPM kali ke-3

23 September 2012

ALOR SETAR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Kedah muncul juara Liga Bola Sepak Remaja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bawah 17 Tahun setelah menewaskan SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang 4-1 di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Ini merupakan kejuaraan kali ketiga SMK Tunku Anum (Sekolah Sukan negeri Kedah) setelah muncul juara pada tahun 2010 dan 2011.

Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi tandukan penyerang pasukan itu, Muhammad Syafiq Ahmad sebelum Pulau Pinang menyamakan kedudukan pada minit ke-20 menerusi tendangan kencang Muhammad Azrul Zulkifli.

Kedah yang terus mengasak kubu lawan menyumbat gol kedua hasil jaringan Muhammad Azri Zulkiflee yang bijak menyepak bola selepas ditepis penjaga gol Pulau Pinang, Muhammad Zulfadhli Ahmad Kamal.

Minit ke-63 Muhammad Azri sekali lagi merobek gol Pulau Pinang menerusi tandukan dan Muhammad Syafiq muncul wira setelah menambah gol keempat pasukan tuan rumah pada minit ke-74 menerusi tendangan kencang setelah melepasi pertahanan pasukan pelawat.

Kedah yang dibarisi pemain berusia 17 tahun membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, medal dan piala. Muhammad Syafiq dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak iaitu 24 gol sepanjang Liga KPM.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Jeffery Low Han Chaw yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah, Rooslee Ismail.

Pengurus Pasukan SMK Tunku Anum, Mohd Zaini Othman berkata beliau bersyukur kerana sekolah mengekalkan kejuaraan bagi tiga tahun berturut-turut.

Katanya beliau amat terharu dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pemainnya dan berharap beberapa pemain pelapis akan meneruskan kejayaan tersebut pada masa akan datang.

Sementara itu, penyerang pasukan tuan rumah, Muhammad Syafiq berkata dia amat gembira dan beryukur kerana dapat membantu pasukannya mencipta kemenangan di Liga KPM buat kali ketiga.

Muhammad Syafiq yang berusia 17 tahun berkata selepas ini beliau akan menyertai sebuah pasukan bola sepak bagi menimba ilmu dan pengalaman dan menjadikannya sebagai platfom untuk menjadi pemain profesional.

“Saya akan cari pasukan bola sepak selepas ini. Kalau ada tawaran dari mana-mana pihak saya terima. Jika Kedah tawarkan saya tetap akan terima,” katanya. – Bernama

Ketua jabatan didakwa terima rasuah – Utusan


Ketua jabatan didakwa terima rasuah

JOHOR BAHRU 19 Sept. – Seorang ketua jabatan institusi perguruan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor berjumlah RM37,069.40, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Azmi Hassan, 49, didakwa menerima sekeping cek Malayan Banking Bhd. (Maybank) bernombor 025330 daripada Sulaiman Adom, 42.

Lelaki tersebut mendapat kontrak untuk melakukan kerja naik taraf sistem kumbahan di flat pekerja bernilai RM198,927 dan kerja ubah suai flat pekerja kepada kediaman di kampus berkenaan yang bernilai RM198,999.

Azmi yang mempunyai lima anak, bertugas di Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), di sini ditangkap pada 7 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di No. 02-04, Larkin Indah, di sini pada pukul 11 pagi, 24 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd. Malik manakala tertuduh diwakili peguam Vijaya Sandran.

Guru cedera dilanggar peragut – Utusan


Guru cedera dilanggar peragut

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

ZURA Ashikin dirawat di HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

KOTA BHARU 22 Sept. – Ketika pihak polis mempergiatkan usaha mencegah jenayah ragut di bandar Kota Bharu ekoran kejadian ragut dan tetak yang berlaku hujung bulan lalu, aktiviti jenayah itu kini beralih pula di pinggir bandar ini.

Dalam kejadian di Pasir Tumboh di sini pagi semalam, seorang wanita bukan sahaja diragut beg tangannya, malah penjenayah berkenaan turut melanggar mangsa dengan kereta ketika melarikan diri.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi itu menyebabkan guru pra sekolah, Zura Ashikin Mustafa, 48, bukan sahaja kerugian hampir RM2,000 malah tindakan kejam penjenayah itu menyebabkan mangsa patah tulang pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain.

Zura Ashikin yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Hashim di sini berkata, dia baru sahaja keluar dari sebuah bank di situ dan singgah ke kedai buku berhampiran untuk membeli beberapa barang bantuan persekolahan.

“Saya membeli polistirena dan baru sahaja hendak meletakkan barang itu ke dalam kereta Proton Waja saya dengan beg tangan disangkut di bahu kiri.

“Tiba-tiba beg tangan saya direntap dari belakang oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar lalu saya terjatuh dan terseret sejauh kira-kira tiga meter.

“Belum pun sempat bangun, tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki suspek datang dan salah satu tayarnya melanggar saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Menurutnya, beg tangan tersebut berisi sejumlah wang serta sebuah telefon bimbit.

“Beberapa saksi memberitahu bahawa kereta yang digunakan suspek turut dinaiki beberapa orang lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi berkata, selepas melanggar wanita itu, kereta suspek terus menuju ke Jalan Peringat.

“Mangsa patah tulang pinggul kiri serta luka di kedua-dua ibu jari kaki, lutut kanan dan kaki kiri. Mangsa sedang dirawat di HUSM dan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini agar tampil memberi maklumat,” katanya.

Kejadian ragut itu merupakan yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan apabila pada 30 Ogos lalu seorang wanita cedera parah di tangan kiri akibat ditetak ketika cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut.

Kedua-dua suspek bagaimanapun ditangkap dalam tempoh tidak sampai dua minggu dan susulan daripada kejadian itu, lebih 100 anggota polis wanita ditugaskan di 20 kawasan tumpuan ramai di bandar ini untuk menyedarkan orang ramai terutama golongan wanita mengenai ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil.

BLOG HIMPUNAN BERITA TIDAK DIKEMASKINI SEJAK 18 HINGGA 21 SEPTEMBER 2012


BLOG HIMPUNAN BERITA TIDAK DIKEMASKINI SEJAK 18 HINGGA 21 SEPTEMBER 2012

 

Himpunan Berita (HB) ingin memohon maaf atas ketidak kemaskini blog dari tarikh dinyatakan di atas disebabkan Editor terlibat dengan tugasan luar kawasan liputan.

 

Walaubagaimana pun blog Himpunan Berita (HB) akan dikemaskinikan seperti biasa selepas 21 September 2012.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

 

Terima kasih.

Editor

PENGEMASKINIAN DATA e_PROFIL DALAM MODUL INDIVIDU (eSPLG) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM.


PENGEMASKINIAN DATA e_PROFIL DALAM MODUL INDIVIDU (eSPLG) PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KPM.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM Bil. 2/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 4 Julai 2012 telah memutuskan bahawa BPG dipertanggungjawabkan membangun dan menguruskan Profil Induk kepakaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Sehubungan dengan itu semua PPP samada yang bertugas di Jabatan, PPD atau sekolah dipohon (wajib) untuk mengemaskini maklumat e-Profil dalam Modul Individu secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG).

Bersama ini dilampirkan:

i)Surat arahan pengemaskinian e-Profil kepada semua PPP KPM.

ii) Jadual pengemaskinian maklumat e-Profil.

ii)Manual tatacara pengemaskinian maklumat e-Profil (Modul Individu)

Sila klik di sini�untuk pengemaskinian e-Profil.

Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian

LAMPIRAN
 Arahan (Surat)
 Jadual Kemaskini (Takwim)
 Tatacara Kemaskini (– Sila Pilih –)
 Tatacara Kemaskini 2 (Prosedur)

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025


Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
Salam 1 Malaysia,

Tuan/Puan,

Dapatkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dibawah ini.

 

LAMPIRAN
 Teks Ucapan YAB TPM Merangkap Menteri Pelajaran di Majlis Pelancaran Laporan Awal PPP (Lain-Lain)
 Preliminary Report Malaysian Education Blueprint 2013-2025 (Lain-Lain)
 Executive Summary Preliminary Report Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (Lain-Lain)
 Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (Lain-Lain)
 Ringkasan Eksekutif Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (Lain-Lain)
 Persembahan Semasa Taklimat TPM (Lain-Lain)

PENINGKATAN PROFESIONALSME GURU BI – NKRA


PENINGKATAN PROFESIONALSME GURU BI
 

 


Slaid pembentangan tentang Program Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris semasa jerayawara telah dimuatnaik ke dalam portal untuk rujukan. Sila muat turun slaid ini. Klik disini
 untuk muat turun.

Program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) – JPA


Program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU)

E-mailCetakPDF

21 SEPTEMBER 2012

Dimaklumkan permohonan bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (hlpsb) dan Pinjaman Boleh Ubah (pbu) telah dibuka pada 14 September 2012 sehingga 12 Oktober 2012. Sila layari http://esilav2.jpa.gov.my untuk permohonan dan keterangan lanjut.